Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, January 25, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn Akhir)

"Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu." Zahir bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "Cuba abang baca." Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) "Encik, saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran." kata Zahir pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah, sepanjang dia di penjara itu, warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, Kau melindungi aku. Zahir membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA. Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN. Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG. Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN. Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN. Belajar TAWAKKAL dari UJIAN. Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

"Alhamdulillah." Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. "Bebas juga saya abi." kata Zahir. "Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaan Nya dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu." Zahir tersenyum. Terima kasih Ya Allah. "Abi, jom jumpa Syahirah." Bicara Zahir ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Zahir duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Zahir tak bersalah. Zahir hanya tersenyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.


Haji Amran berhenti di hospital. Zahir terkejut. "Abi, kenapa di sini?" "Turun dulu Zahir. Jom." ajak Haji Amran. Zahir hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Zahir terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Zahir melangkah ke arah bilik itu. "Maaf, dia tak dapat di selamatkan." Lemah lutut Zahir mendengarnya. Bukan. Salah ni. Zahir menghampiri katil itu. "Barah hatinya dah kriktikal. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah." Kaki Zahir menghampiri tepi katil itu. Ya Allah. Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Zahir mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah, beratnya ujian ni. "TAK!!!!!" jerit Zahir dan terduduk di atas lantai. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. "Sabar Zahir. Bawa mengucap." "Bukan Ira abi. Bukan dia." tangis Zahir. Haji Amran mengusap bahu Zahir. "Dah di tentukan ajalnya." sebak Haji Amran. "Tak…tak…bukan dia.." sayu Zahir mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah. Air mata lelakinya deras mengalir.

***********

"Lagu apa?” "Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil MP3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Zahir hanya memerhati. "haa, nah." dia menghulurkan earphone pada Zahir. "Herm, awak ambil satu." kata Zahir dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "Err..kita dengar sama-sama." teragap-gagap Zahir. "Ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Zahir menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Zahir diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Zahir dengar. Tak tahu kenapa. "Hermmm." Memori lalu berlegar-legar di ruang mindanya. Kenapa harus begini. Zahir menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.

Zahir turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. "Zahir, nak pergi mana?" dia tersenyum. "Ma." Zahir menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. "Nak keluar." "Pergi mana malam-malam ni?" soal abahnya pula. Zahir bersalaman pula dengan abahnya pula. "Herm, pergi masjid. Zahir pergi dulu. Assalammualaikum." "Waalaikumsalam."

Zahir meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Zahir melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. "Assalammualaikum." Sapa seorang lelaki separuh umur. Zahir memberhentikan bacaannya. "Waalaikumsalam." "Anak musafir ke? Dah lewat malam ni." Zahir tersenyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. "Saya ingat nak tidur sinilah pak cik." "Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya." Zahir mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Zahir membaca Al-Quran matanya sudah mahu terlelap. Zahir menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Zahir membaringkan badannya.

"Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "Baik sayang." terdiam Syahirah. Zahir tersenyum je. "Lagi?" "Err..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur." Zahir menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Zahir mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Zahir terpandang seseorang. Sayang. Zahir bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. "Sayang." Zahir menggenggam tangan Syahirah. "Jangan tinggal abang lagi." Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Zahir agar mengikutinya.

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. "Tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa arwah sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba." Sebak Dato Rahimi mendengar. "Terkejut saya pagi tadi melihat arwah tidur. Saya kejutkan arwah untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi arwah. Rupa-rupanya arwah sudah menemui Ilahi." Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-Mu. Al-Fatihah.

-Tamat-





Salam Dari Jauh,
-Nurkasih Atieqah-
sumber: facebook dan diedit sedikit.

pengajaranya: Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Zahir satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan Allah. Dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? Wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila. Tapi ingatlah, ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah. Masa di lahirkan, ayat pertama yang kita dengar ialah azan atau iqamat. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti, syurga atau neraka yang menanti. Wallahua'lam.

p/s: maaf di pohon kepada semua pembaca. kisah ini saya buat bahagian-bahagian supaya nampak lebih menarik dan sesiapa yang tak pernah baca akan tertunggu-tunggu. hehe.. tapi apa-apa pun ini cerita saudara facebook punya. saya terlupa siapakah gerangan penulisnya. maaf. selamat membaca yer. i love so much this story that why i share with you all in my blog. happy reading!!

No comments: