Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, January 6, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn 1)

Zahir duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan Syahirah yang sedang menonton televisyen rancangan ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, Syahirah bangun dan memandang Zahir yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapannya. "Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya." Dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahulah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi tengok kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah aku lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku jolikan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


"Abang dengar tak?". Macam cakap dengan laptop tu je. "Hermm, saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "Saya ikut. Kejap saya siap." Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Zahir tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "Abang, dah siap.” Zahir memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "Abang..?" Zahir tersedar. "Jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. "Saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Zahir ragu-ragu. Syahirah senyum."Harta saya harta abang juga." Zahir hanya mengangguk. Di dalam kereta mereka hanya ditemani dengan radio ikim.

Zahir dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "Abang, surau belok kiri tu." Zahir hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Zahir masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Zahir melihat dirinya yang hanya ber t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawa kopiah ke? Songkok ke? "Err, Ira..." Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "Ya..?" "Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kena halau ke nanti?" Syahirah senyum. "Jangan risau, yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana Nya, insya Allah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Zahir terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "Jom." Ajak Syahirah. "Hermm." Enjin kereta di matikan.

Malam itu Zahir duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. "Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Dia terbaca "Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya. Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.! Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. "Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi jangan pernah kau buat dia menangis." Zahir hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. "Ingat! Aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?" Zahir hanya mengangguk. Huh, garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Zahir dan menutup mata Zahir dengan tangannya. "Cuba teka ini siapa?" kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Zahir yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. "Hermmm, Tom Cruise." main-main Zahir menjawabnya. "Salah! Tom Cruise tak reti cakap Melayu!" Zahir ketawa. "Herm, Hj. Amran." Syahirah pula ketawa. "Salah! Hj.Amran dekat Johor." "Ha' Tahu..tahu..Syah!" Syahirah kerut dahi. "Syah mana?" "Syahirah." Zahir menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. "Abang buat apa?" "Tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah." "Tanya apa?" "Errr kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?" "Sebab Allah." Zahir diam sebentar. "Tak faham" "Saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari Nya." Zahir senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Salam Dari Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: facebook dan diedit sedikit

No comments: