Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 8, 2012

Biar Masa Berbicara

Andai ada rasa di hati
Biarlah rasa itu tersimpan sendiri
Andai terbit cinta di hati
Biarlah masa yang menentukan
Andai ada kasih yang berputik
Biarlah hati yang berbicara
Andai ada duka di hati
Biarlah masa yang mengubatinya
Andai ada rahsia ingin di kongsi
Biarlah hati yang berbicara sepi
Andai ada ruang untuk bersama
Biarlah masa yang menentukan
Andai ingin sayang berpanjangan
Biarlah akad nikah yang merantainya
Andai jalan ini yang di pilih
Biarlah istikarah yang menjadi penghubungnya
Andai rasa hati ingin diluahkan
Biarlah masa yang berbicara
Di langit gelap beribu bintang berkelipan
Di sana ku biarkan semuanya terungkai
Agar dikau mengerti setiap apa yang tersirat


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
07022012
0947PM

No comments: