Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 22, 2012

Kisah Si ISteri Dan Si Suami


ISTERI: Abang apa kata malam ni kita tak payah tidur sama-sama. Abang tidur luar. Sayang tidur dalam bilik.

SUAMI: Kenapa sayang?

ISTERI: Ha' ayang ada satu permintaan. Ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkan tentang keburukan ayang sebanyak mungkin. Esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis tu.

SUAMI: Ok.

Malam itu, si isteri senaraikanlah semua tentang keburukan suaminya sampai tidak tidur. Begitu juga dengan si suami yang berada di ruang tamu tidak tidur hingga ke pagi.

Ketika sarapan pagi,

ISTERI: Ha' macam mana? Siapa nak mulakan dulu?

SUAMI: Ayang yang mulakan dulu.

ISTERI: Ok, abang dengar tau. (sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang di catitnya malam tadi.) Abang tak romantik. Abang tak pandai pujuk. Abang bla bla bla bla bla bla... Ok dah. Sekarang giliran abang pula.

SUAMI: (Dia mengeluarkan 3, 4 helai kertas yang kosong) Abang minta maaf. Tiada apa yang abang dapat senaraikan tentang keburukan ayang. Sebab abang terima ayang seadanya. Dan segala keburukan ayang, abang maafkan. Abang nak minta maaf kalau abang tak sempurna di mata ayang.

Si isteri tergamam dan berjujuranlah air matanya turun. Terus dia memeluk dan memohon ampun pada suaminya. Si isteri menyesal kerana telah melukakan hati suaminya. Dia juga sedar dan bersyukur bahawa suaminya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerahkan oleh Allah untuknya.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

1 comment:

Ali Jasni said...

ali rase,ali pn duduk dlm kedudukn mcm ni. tp belum kawin lg ;)