Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, March 17, 2012

Kalau Benar, Jumpalah Ayah Saya

Ukhti: Saya tidak layak untuk awak.

Akhi: Kenapa?

Ukhti: Awak dari kalangan orang yang baik-baik. Sedangkan saya...

Akhi: Saya dan Allah selalu memandang mu. Apa lagi?

Ukhti: Awak pintar. Awak ada ramai peminat.

Akhi: Peminat? Saya tidak perlukan mereka. Saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti: Saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi: Kita boleh mendalaminya bersama.

Ukhti: Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Akhi: Allah akan marah jika mendengar kata-kata awak tadi. Sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunkan kesempatan atas kecantikan awak

Ukhti: Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak. Kita ibarat bumi dan langit. Terlalu anyak perbezaan.

Akhi: Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti: Awak terlalu sempurna.

Akhi: Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti: Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi: Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti: Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkan dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan" (Hadis riwayat Tirmidzi)



Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
"Barang siapa menikahi wanita kerana kehormatannya(jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecualai kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab(kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah keredhaan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupu (kehormatan) matanya, membentengi farji(kemaluan)nya, dan mempereratkan silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah Nya kepada suami isteri tersebut"


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

mood: orang lain ada suami nak hantar dan jemput dari final exam. tapi diriku perlu pulang sendirian. hari pertama perlu menaiki bas dan hari kedua pulang ke rumah dengan menaiki train. bertemankan kesesakan manusia di dalam komuter yang amat sangat. dah rupa macam tin sardin. first time kene macam tu, seriously rasa macam nak nangis sangat-sangat. :(

No comments: