Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, March 20, 2012

Kehidupan


Jauh sudah aku berjalan
Dalam menjalani sebuah kehidupan
Tapi aku rasa masih tidak lengkap hidup ku
Aku rasa jiwa ku kosong
Aku rasa hidup ku tidak setenang dahulu
Tidak rasa nikmatnya sebuah kehidupan
Baru ku sedar
Kini hidup ku sudah jauh dari Nya
Aku sering leka dan alpa
Dalam mengejar kehidupan duniawi
Hingga kemanisan iman itu aku abaikan
Pada mulanya sedikit demi sedikit
Hinggakan kini makin banyak aku tinggalkan
Keindahan malam untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta
Kehinaan menghambakan diri di hadapan Nya
Ketenangan dan kesedihan mengadu kepada Nya
Aku juga sering lupa menghayati sunnah Nya
Kadang-kadang aku lalai dalam menjalani perintah Nya

Ya Allah,
Kau bantulah hamba Mu ini
Kembalikanlah diri ku dalam pencarian kemanisan iman Mu
Kuatkanlah hati ku
Hindarkanlah aku dari leka dan alpa dalam mengejar rahmat Mu
Kau bimbinglah aku di jalan yang benar
Kau permudahkan segala urusan ku dalam melakukan amal kebaikan
Hindarkanlah aku dari mendapat kehinaan dari Mu
Bantulah hamba Mu ini dalam mendapatkan hidayah Mu
Ya Allah
Sesungguhnya Engakaulah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu



Bingkisan Nurani Ku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: