Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, April 30, 2012

Duhai Sahabat Ku

Duhai sahabat ku
Andai perjuangan itu mudah
Adakah ia semudah A B C dan D
Andai perjuangan itu mudah
Adakah ia semudah melukis orang lidi

Duhai sahabat ku
Ketahuilah perjuangan itu
Bukanlah semudah yang disangka
Perjuangan itu memerlukan pengorbanan
Perjuangan itu sering mnguji ketabahan
Perjuangan juga sering meragut kelapangan kita

Duhai sahabat ku
Jika sekali diri mu rebah
Janganlah kau terus terduduk di situ
Menangis hiba meratapi kegagalan mu
Tapi bangkitlah wahai sahabat ku
Teruskanlah perjalanan perjuangan mu

Duhai sahabat ku
Aku ingin diri mu tahu
Aku sering berada di samping mu
Membantu mu dan memberi kata semangat
Aku tidak mahu diri mu berjalan keseorangan
Dan aku juga tidak mahu berjuang seorang diri
Aku dan diri mu sama-sama berusaha
Dan kita sama-sama berjuang

Duhai sahabat ku
Sudahkah kau lupa janji kita bersama
Akan kita hadapi dan tempuhi segala rintangan
Untuk sampai ke puncaknya
Dalam menggenggan segulung kejayaan
Demi masa depan kita yang lebih cemerlang

Semoga perjuangan kita ini
Perjuangan yang diredhai oleh Nya
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita




Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
300420120001

p/s: khas buat sahabat-sahabat EIMD1B. AJA AJA FIGHTING!!!

No comments: