Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, April 25, 2012

Ini Kisah Ku

Perjalanan kehidupan ku menjadi berbeza selepas berakhirnya paper yang terakhir untuk final exam bagi semester 2. Aku menjadi begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti di pejabat, aktiviti kesatuan. Lepas satu persatu aku hadiri. Mencari peluang yang ada. Mengenali lebih ramai kenalan. Dan cuba untuk melupakan rasa hati yang sering mengganggu. Walaupun dalam kesibukan itu masih terselit rasa keteringatan itu. :)

Bermula dengan Kursus Pengukuhan Jati Diri di Bukit Kinding Resort, Ipoh selama 3 hari bermula hari Isnin. Semasa kursus Pengukuhan Jati Diri itu, saya jumpa ramai sahabat-sahabat dari PTj yang lain. Seronok sangat. Macam-macam kerenah dan peringkat umur saya jumpa. Kursus ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada aktiviti outdoor.

Aktiviti mencari petunjuk di dalam air bagi meneruskan perjalanan.
Semua peserta kursus selepas selesai segala misi kumpulan.



Selepas genap 3 hari berkampung di Bukit Kinding Resort, saya kembali ke rumah untuk basuh baju yang mana telah di gunakan. Kerana hari Jumaat hingga Ahad pula akan menghadiri Bengkel Pemantapan Hubungan Organisasi Dengan Membudayakan Uswatun Hasanah di Kuala Lumpur. 

Hari Isnin mula kerja macam biasa. Badan tak tahulah nak kata penatnya. Sekarang ni dah ada simtom-simtom nak demam. Batuk dan selesema berpanjangan. Kepala dah dua tiga hari berdeyut dan berat. Ayuh, bangun Atiqah kamu harus kuat! Jangan biarkan diri mu lemah. Bisikan ku buat diri.

Petang ini ada aktiviti Senam 1 Malaysia anjuran Kesatuan Pegawai Am. Insya Allah saya akan hadir untuk memeriahkan lagi program kesatuan saya. Minggu depan ada kursus penyambut tetamu selama dua hari. Minggu berikutnya akan menjadi penyambut tetamu untuk majlis konvokesyen pelajar.

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Ya Allah, kuatkan semangat ku. Doakan saya yer sahabat-sahabat. Salam sayang dari saya di sini. :)


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: makin hari makin seronok bila terlibat dengan aktiviti luar selain aktviti yang dianjurkan di pejabat ku, :)

No comments: