Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, May 4, 2012

Hadirnya SESUATU...


SESUATU itu sering menjelma,
Menerjah minda dan juga hatinya,
SESUATU itu juga sering bertandang,
Membuatkan dirinya sentiasa bersabar,
Hadirnya SESUATU itu dalam dirinya,
Sering membuat dirinya berfikir,
Adakah benar ungkapan yang pernah di luahkan,
Adakah ikhlas rasa yang dilafazkan,
Kadang-kadang SESUATU itu muncul tiba-tiba,
Tanpa seruan tanpa kata tanpa suara,
Dan SESUATU itulah yang paling perit untuk di lalui dirinya,
SESUATU yang hadir dalam hati yang dalam,
SESUATU yang membuatkan dirinya menangis sepi,
Lebih baik meninggalkan SESUATU itu buat seketika,
Daripada SESUATU itu membuat dirinya merana,
Jika benar SESUATU itu untuk dirinya,
Pasti dirinya akan bertemu lagi,
Kerana janji Allah itu pasti,
Mungkin SESUATU yang hadir pada tika dan saat ini,
Belum tentu akan menjadi SESUATU yang kekal,
Hadirnya SESUATU itu,
Boleh membuatkan dirinya sabar dan tabah,
Moga hadirnya SESUATU itu,
Akan membuatkan dirinya lebih dekat pada Illahi.

Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
05 Mei 2012
08:45 PM

No comments: