Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, May 29, 2012

Indahnya CintaNya, Sakitnya MurkaNya


Tiada yang lebih indah melainkan hadirnya sebuah cinta
Tiada yang lebih derita melainkan kehilangannya

Memang sakit apabila kehilangan cinta manusia
Tapi tidak sesakit apabila hilang Cinta Nya

Sabarlah wahai diri
Ada hikmah akan setiap apa yang terjadi
Mungkin bukan itu teman untuk kau miliki
Jika itu yang ditakdirkan Illahi

Jika tidak layak untuk berdekat
Sama ada sebagai pasangan mahupun sahabat
Usahlah kau berasa ralat
Itulah hadiah untukmu dalam bentuk sebuah rahmat

Kau mempersoal apa di sebalik rahmat itu
Soalan yang bisa saja membuatmu keliru
Kembalilah pada Dia wahai hatiku
Untuk memperolehi jawapan yang satu

Cinta manusia boleh digalang ganti
Tapi bukannya cinta Allahu Rabbi
Usahlah engkau merosakkan diri
Bersedih kerana cinta manusia yang belum pasti

Wahai hati yang sedang bersedih
Kembalilah kau pada Rabbmu
Mahukah kelak kau lagi menanggung pedih?
Apabila Dia berpaling mukaNya dari dirimu

Dapatkanlah RinduNya
Rebutkanlah RedhaNya
Di mana yang hakiki adalah CintaNya
Untuk kau bisa menuju HadratNya

Buanglah sedihmu
Buanglah dukamu
Yakinlah pada Rabbmu
Yang sentiasa mengasihimu

Bukan cinta manusia yang patut kau dambai
Bukan kegagalan mendapatkan cinta mereka yang patut kau tangisi
Kehilangan CintaNya yang patut kau berhati-hati
Itulah kesilapan besar yang kelak akan kau sesali

Wahai diriku, dengarlah ini...

Kehendak, hawa nafsu, mahupun godaan
Itulah kerja dunia yang ALLAH berikan
Usahlah kau menyalahkan ujian dan dugaan
Sedangkan engkau sendiri terleka dengan syaitan

Bukalah mata bukalah hati wahai diri
Telah banyak yang dipersembahkanNya kepadamu
Cinta manusia bisa memakan diri
Yang hakiki CintaNya hanyalah Rabbmu

Ya ALLAH Ya Rabb Ya Tuhanku
Hati ini berterusan memohon cahayaMu
Terimalah aku, usahlah Kau berpaling dariku
Setiap hela nafasku hanya milikMu

Rinduilah dan cintailah aku Ya ALLAH
Kasihilah dan peliharalah aku selamanya
Rahmatilah dan berkatilah aku Ya ALLAH
Redhailah aku untuk selamanya

sumber: iluvislam

No comments: