Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, May 26, 2012

Pantun Kasih


Bunga mawar menjadi perhiasan
Indah terletak di bakul rotan
Bisikan salam bisikan pesan
Orang di sana dalam ingatan

Bunga ros dipandang tak jemu
Menjadi hiasan di meja tamu
Istikharah cinta sering bertamu
Dalam doa ku terselit nama mu

Sungguh pahit buah mengkudu
Di beli adik di pasar Kepayang
Kalau rindu katakan rindu
Kalau sayang katakan sayang

Duduk berehat di pohon palma
Sambil berehat makan madu
Setiap masa wajah mu menjelma
Lama tak bersua menggamit rindu

Anak itik anak angsa
Di pelihara oleh anak kak Tiara
Moga bertemu di suatu masa
Dalam permulaan sebuah kembara



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
26 Mei 2012
1011PM

2 comments:

emeliena said...

Assalamualaikum, wahh. pandainya buat pantun. Best2 ;]

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikumussalam..terima kasih cik emeliena.. :)