Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, June 1, 2012

Dia Bakal Imam Ku

Dia? Iye! Dia bakal imam ku.
MACAM MIMPI , MIMPI YANG MUNGKIN JADI KENYATAAN . SUBHANALLAH..

"Mak ana berniat nak tengok nak lihat muka enti." Aku menghela nafas panjang, mesej yang baru aku dapat masih terngiang ngiang di fikiran ku. Aku menggenggam telefon bimbit ku sambil membaca mesej itu berkali kali. Bukan tidak percaya namun aku dan dia langsung tidak mengenali satu sama lain. Sedangkan sabtu ini aku bakal di taaruf oleh seorang lelaki yang sudah pun aku kenal, ustaz kepada adik-adik ku dimadrasah mereka.

"Bagitahu yang ada orang nak tengok kau minggu ini, kalau ada jodoh ada lah." Lancar umi berbicara, dalam hati ku agak terasa, andai aku yang ditempatnya. Perlahan aku memicit butang telefon ku dan memberitahu dia apa yang umi bagitahu ku .

Sent mesej! Aku menghembus nafas sedih dan duka. Aku tahu dia kecewa, tapi aku yakin pasti akan ada seorang wanita yang lebih baik dari ku untuk seorang lelaki sebaik dia. Dia seorang yang baik, aku terkejut dengan sikap gentleman dia. Dia bukan mengajak ku untuk bercinta malah berhajat untuk berjumpa dua org tua ku. "Untunglah wanita yang memiliki dia", kata ku dalam hati.

"InsyAllah tak apa. Ana doakan yang terbaik untuk enti." Aku seperti tidak percaya, kuatnya dia. Langsung tidak membenci ku, malah mendoakan supaya aku dapat yang terbaik. Sebelum ini aku pernah ditaaruf oleh kawannya sendiri, namun jodoh tidak memihak kepada ku. Aku redha. Dan untuk kali kedua aku bakal ditaaruf oleh ustaz yang aku kenal. Dalam hati ku, aku berdoa sebanyak yang mungkin, semoga Allah tetapkan yang terbaik buat ku.


Hari berlalu seperti biasa , dan tibalah hari yang dinanti nantikan oleh ku. Aku sekali lagi bakal di taaruf. Rasa takut dan gembira bercampur baur, namun dihati kecil ku terasa amat sedih kerana terpaksa melukakan hati seseorang.

Aku yakin kalau dia seorang lelaki yang baik, dia pasti menerima aku apa adanya. Aku yakin kerana statusnya sebagai seorang ustaz membuat aku yakin dengan pandangannya terhadap ku.
Ternyata aku salah, aku ditolak. Terhenti segala apa yang aku impikan sebelum ini. Terhenti segala impian aku. Aku memunasabah diri ku, apa sebenarnya yang kurang terhadap diri ini. Terlalu banyak kekurangan rupanya. Aku perlu belajar lebih dan lebih lagi.

Setelah aku membelek diri yang hina ini aku tersenyum. Mungkin terlalu banyak permintaan dalam doa ku .Lalu segera aku berdoa. Dan mengurangkan segala apa yang aku minta sebelum ini kepada NYA.

“Ya Allah, seandainya hadir seorang adam yang memang berniat untuk menikahi ku. Maka aku akan terima andainya dia juga menerima segala kekurangan ku. Maka dialah bakal imam ku. Insya Allah. Aamiin."

Dengan penuh rasa tawaduk aku bertahajud di malam hari. Aku tahu ujian ini bakal membuat diri ku makin hampir dengan Nya.

ALLAH TIDAK AKAN MENGAMBIL SESEORANG DARI KITA TANPA MENGANTIKAN NYA DENGAN YANG LEBIH BAIK . MASYAALLAH ~

"Ana ditolak." Mesej di hantar. Aku menghela nafas, aku tahu, aku bagai kan perigi mencari timba. Perasaan malu bercampur hiba masih difikiran ku. Biarlah Allah yang menentukan segalanya, aku serah kan 100%.

"Ya ukhti, apa pun keputusan lebih manis jika disertai dengan isthikarah." Mesej yang baru diterima membuat aku semakin kuat. Aku tahu dia lelaki yang baik. Apalah sangat dibandingkan diri ini dengan dia. Jauh bezanya.

"Boleh ana dengan keluarga datang minggu depan? Insya Allah boleh kan?" Haaaa? Aku membaca berkali-kali mesej ini. Macam tidak percaya. Apa benar mesej yang diterima ini? Tidak kecewakah dirinya terhadap aku yang pernah menolaknya demi lelaki lain? Malunya aku. Aku menangis seorang diri dikamar ku. Aku salah memilih, aku tolak lelaki yang salah sebelum ini. Aku kesal.

Malam itu aku lakukan isthikarah buat pertama kalinya dalam hidup ku. Dulu itu silap ku juga. Kerana aku terlalu yakin sehinggakan mesyuarat dengan Tuhan yang Maha Esa juga aku lupa. Dengan sepenuh hati, aku beristhikarah. Terasa saat itu, aku serahkan segalanya pada Nya. Terasa hati pilu dan hiba. Diakah imam ku itu? Diakah bakal abi kepada anak anak ku nanti? Mata ku basah dengan air mata. Tidak dapat dinafikan, dia seorang yang kuat dan aku kagum dengannya. Aku langsung tidak pernah kenal dengannya. Begitu juga dia.

"Enta dah buat solat isthikarah? Sejak bila?" Kami hanya akan bermesej bila perlu. Kadang-kadang seminggu sekali.

"Sejak dulu lagi, ana rasa seperti ada jodoh. Wallahualam." Aku tersenyum membaca mesejnya , setiap apa yang aku bagitahunya. Pasti di iringi dengan perkataan yang baik-baik sahaja.

"Ana tak sempurna, ana takut nanti ana kecewakan enta. Ana tak pandai. Ana tak baik. Ana tak cantik."

"Tiadalah yang sempurna melainkan Allah. "

"Sekali lagi hati aku tersenyum. Masya Allah. Apa benar dia akan menerima aku apa adanya?"

Hari yang bakal ditaaruf oleh ku semakin dekat, perasaan sama berulang lagi. Ini masuk kali ketiga, apa lagi ujian yang bakal di rancang oleh Allah. Sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

"Allah, apalagi yang bakal aku lalui selepas ini. Kau redhakanlah hati ku atas apa yang bakal terjadi selepas ini. Aamiin." Sebanyak mungkin aku berdoa, agar hati aku yang semakin pulih ini tidak lagi kembali hancur. Allahlah pemegang hati hati manusia.

"Saiz jari manis enti berapa?" Dia belum lagi melihat ku, sudah bertanya mengenai saiz jari manis? Aku tak nak berharap dan aku tak nak memberi dia harapan. Jika kita tak nak kecewa berpanjangan maka jangan kau taruh harapan yang tinggi. Kata-kata itu sering mengingatkan ku atas apa yang pernah terjadi dalam hidup ini.

Aku berlari ke arah umi. Macam mana nak ukur jari ini? Sah la tak pernah ukur. Segera umi mencapai tali tape dan mengukur jari ku. Aku pun hanya melihat, lain betul cara nak ukur jari ni. "Saiz 6." ujar umi lancar. Pelik! Kecik sangat tuh.

Aku pun dengan yakin terus mesej dia "Saiz jari manis ana 6." Ermm, apa dia nak buat dengan saiz jari manis aku ni?

Hari ini adalah hari ketiga kalinya aku di taaruuf. Perasaan yang sama bertandang dihati ini. Aku tetap kuat untuk menghadapi perasaan yang sama tiap kali di taaruf. Bermacam-macam perasaan berada di hati ku. Hiba dan pilu bila teringat kembali aku ditaaruf oleh dua lelaki. Ini kali ketiga dan jika dia juga menolak ku, maka aku putuskan untuk tidak menerima lamaran mana mana lelaki selepas ini. Tekad ! Bisik ku dalam hati.

Langkah kaki ku perlahan menuju ke arah seorang wanita yang agak berumur. Pasti itu ibunya. Aku duduk bersimpuh dihadapannya. Ternyata benar itu ibunya. Wanita itu melemparkan senyuman kepada ku. Aku juga begitu. Aku takut dan terasa amat rendah diri dihadapan mereka semua.

"Panggil dia masuk, nak tengok tak?" Berdebar dihati hanya Tuhan yang tahu. Peluh sudah membasahi dahi ku. Tak tahu kenapa rasa ini lain dari yang lain. Aku tak kenal dia. Begitu juga dia. Perlahan dia memasuki ruang tamu dan duduk bersimpuh di sebelah ibunya. Aku hanya melemparkan senyuman. Dia langsung tidak melihat ke arah ku. Aku pelik.

Dengan sekali imbas dia melihat ku dan menundukkan pandangannya. Masya Allah, itu yang terucap di mulut ku. Aku kagum, dia tidak seperti lelaki yang sebelum ini melihat ku. Mereka pasti mengambil kesempatan untuk melihat ku berulang kali. Tapi dia tidak. Aku melihat dia mencuit ibunya. Aku rasa aku yang melihat dia dan dia langsung tidak menoleh ke arah ku. Mengangkatkan muka juga tidak.

Sampai saat ini, aku masih dapat rasakan perasaan pelik yang menimpa aku ketika ditaaruf dia. Lain! Dia lain sangat. Dari aku yang langsung tidak mengenalinya terus hinggap satu perasaan yang aku dapat rasakan dia lelaki yang baik. Alhamdulillah.

Kepada mu yang akan menjadi pendamping ku kelak:

Terima kasih kerana telah memilih ku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa. Yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Tapi aku akan cuba menjadi yang sempurna untuk mu wahai pendamping ku. :)

Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

1 comment:

cik gojes :) said...

masyaaLLAh...pertemuan yang indah ! semoga sentiasa dirahmati :)