Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, June 17, 2012

Hari Dan Pengorbanan


Hari demi hari
Aku masih mengira
Bilakah akan tiba masanya
Kesibukan ku setiap minggu
Membuatkan ku sering memikirkan sesuatu
Dalam hari ada rindu
Dalam rindu ada rasa
Begitulah aku
Setiap hari setiap saat
Pasti ada sesuatu yang sering aku renungkan
Entah mengapa aku kurang pasti
Mungkin aku terlalu mengambil kisah
Akan sesuatu yang aku rasai
Kadang-kadang aku lelah
Menanti bilakah semuanya akan berakhir
Menunggu dan sering menunggu
Tapi sedarlah wahai diri
Dunia ini pasti tiada masa
Untuk mu duduk sepi
Jika ingin berjaya
Pasti perlukan pengorbanan
Moga tabah selalu
Wahai diri ku yang disayangi


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

17 Jun 2012
DKA

p/s: dalam hati ada rindu.

2 comments:

Yuni Aisyah said...

kata2 yg cukup indah dan berjaya mengusik kalbuku....(:

NuRKaSiH aTieQaH said...

terima kasih cik yuni.. :)