Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, June 14, 2012

Hari Ke Hari vs Hati Ke Hati



PERBUALAN 1:

Nora: Kak Iqa dah tunang ke?
Kak Iqa: Kenapa?
Nora: Itu, cincin tu. (sambil menunjuk ke cincin di jari ku)
Kak Iqa: Eh tak la. Kak Iqa belum tunang lagi. Ini cincin kak Iqa saja beli. (sambil tersenyum)
Nora: owh yeke. Kita ingat kak Iqa dah tunang.
Kak Iqa: Eh belum lagi. Lambat lagi.

***

PERBUALAN 2:

Shikin: Kak Iqa, cantikkan warna beg tu?
Kak Iqa: Beg yang mana?
Shikin: Alla beg yang warna macam hijau kebiru-biruan tu.
Kak Iqa: Owh beg tu. Warnanya turquoise. Kenapa? Berkenan dengan warnanya ke?
Shikin: A'ah, cantik la kita tengok.
Kak Iqa: Nanti shikin kahwin buat la baju warna tu.
Shikin: Eh, kita pula. Kak Iqa la dulu. Kita nak kerja dulu. Hehehe..
Kak Iqa: Eh kak Iqa dah kerja. Hehehe..
Shikin: Ha' bila kak Iqa nak kahwin?
Kak Iqa: Ish, kak Iqa lambat lagi. Kawan kak Iqa tu masih belajar lagi. Nanti kalau kak Iqa kahwin, kak Iqa ajak kamu. (jawab sambil tersenyum)
Shikin: Ok. Nanti jangan lupa jemput tau.


***

PERBUALAN 3:

Die: Jaga diri elok-elok.
Aku: Insya Allah. Terima kasih. Awak pun jaga diri juga tau.
Die: Mudah-mudahan jodoh didekatkan. Insya Allah.
Aku: Amin. Insya Allah.
Nana: Jaga diri tau. Kerja-kerja juga. Tapi kesihatan kena jaga.
Aku: Insya Allah. Terima kasih yer. Ish ish ish berapa kalilah nak pesan ni. Risau sangat yer?
Nana: Huhuhu mestilah risau. Awak tu perempuan. Kena la jaga diri selalu.
Aku: Hehehe. Baik bos.

***

MONOLOG DALAMAN:

Hati: Aku dah 22 tahun la. Haish dah besar dah yer.
Akal: A'ah memang dah besar pun. Dah boleh kahwin pun.
Hati: Haish lambat lagi kut. Lagi pun die belum habis belajar lagi.
Akal: Alla mana kita tahu jodoh kita sampai bila kan? Entah-entah nanti ada orang lain datang masuk meminang dulu.
Hati: Ish ada ke? Aku ngan orang lelaki pun susah nak layan. Selalu layan tak layan jer. Sebab fikir dah ada die. Hermmm.
Akal: Mana la kita tahu. Ada orang ni dah lama tengok kita dari jauh ke. Bila hati dah berkenan nanti jumpa ibu abah kau dulu, sebelum die datang jumpa mereka.
Hati: A'ah kan. Hermm tapi jika jodoh aku dan die sudah Allah aturkan. Kita lari ke mana, selama mana kita tunggu pun die tetap akan menjadi milik kita.
Akal: Betul tu. Pandai pun. Tapi jangan berharap sangat.
Hati: Herm tak tahu lah. Entah-entah die pun ada perancangan sendiri yang aku tak tahu. Mungkin juga.
Akal: Mungkin juga.
Hati: Tapi bila yer, die betul-betul bersedia nak ambil aku sebagai suri dalam hidupnya?
Akal: Ish, ke situ lak fikirnya. Jangan terlalu berharap. Nanti takut kecewa.

Hati & Akal: Lebih baik, aku mohon doa dan petunjuk dari Allah. Semoga jodoh kami di dekatkan. Jika die yang terbaik buat ku. Kau dekatkanlah hati-hati kami. Kau tautkanlah hati kami. Kau permudahkanlah segala urusan kami ke arah ikatan yang lebih Engkau redhai. Dan andai die bukan milik ku. Kau hilangkanlah rasa dan ingatan ini dari dalam hati dan fikiran ku. Insya Allah, ada yang lebih baik yang Allah telah aturkan buat diri ku.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: