Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, June 2, 2012

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat apa khabar? Saya harap sahabat-sahabat semua sihat di samping insan-insan tersayang. Insya Allah. :)

Hari ini rasa macam terlebih excited pula. Ha' nak tahu tak kenapa saya terlebih excited? Hehehe. Sebab ramai sahabat-sahabat saya yang akan mendirikan rumah tangga. Wah kenapa saya pula yang terlebih ni? Jeng jeng jeng. Hihihi. Bukan apa, saya rasa sangat seronok sebab mereka akan meramaikan lagi umat nabi Muhammad dan lengkaplah sudah separuh daripada iman mereka. :)


Saya dedikasikan ucapan Selamat Pengantin Baru ini khas buat Kak Wawa dan Firdaus, Kak Tia dan Syukri, Abul dan Kak Wani, Kak Siti dan Abg Said, Kak Fiti dan suami. Dan tidak lupa juga Encik Abu Qassim dan Kak Sadrina. Selamat menepuh alam rumah tangga. Semoga bahagia dunia akhirat. Semoga Alah memberkati mu dan menetapkan berkat atas mu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Insya Allah.



Ada orang tanya pada saya;

"Tiqah ko bila pulak?"

"Nur bila nak kahwin?"

"Iqa cadang nak kahwin umur berapa?"

"Siapalahkan calon untuk adik akak ni kan? "

Hehe. Saya hanya gelak dan tersenyum. Jodoh itu kan aturan Allah. Kalau Allah berkehendakkan bakal imam ku muncul awal. Insya Allah awallah saya kahwin dan sebaliknya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa mohon yang terbaik dari Allah. Kerana rencana Allah itulah yang terbaik buat hamba Nya. ;)

Oklah saya rasa setakat ini dahulu kisah untuk hari ini. Moga berjumpa di lain masa. Insya Allah. Doakan untuk saya yer sahabat-sahabat. (Eh eh macam tak sabar lak. Hehe. :p ) Ok la. jaga diri, jaga iman, jaga aurat yer sahabat-sahabat. Salam sayang dari saya. Assalamualaikum.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: tengah layan lagu dalam playlist yang ada di blog saya ini. jom sama-sama kita layan. hihi.. :D best best best. :p

No comments: