Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, June 28, 2012

Semester 3 Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai kawan-kawan! hehe.. Hari ini saya nak cerita serba sedikit perjalanan harian saya sejak bulan Jun ini. Bermula dengan 04 Jun 2012 saya telah dilantik menjadi Pembantu Pengawas Sambilan. Ia berlangsung selama 2 minggu termasuk Sabtu dan Ahad. (Wah rajinnya, anak sapa la ni kan? Hehe..) :p

Selepas itu, minggu yang ketiga saya dan akak-akak pejabat sibuk mengendalikan Festival Kesenian Dan Kebudayaan 1 Malaysia Tanjong Malim anjuran Fakulti Muzik dengan kerjasama Institut kami. Festival ini berlangsung 23 dan 24 Jun 2012. Dari jam 08.00 pagi hingga jam 11.00 malam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Masa ni, first time saya jumpa dengan orang-orang muzik. Saya dapat melihat perwatakan mereka. Saya turut menilai orang muzik ini macam mana. Oh! Kenapa yer bila kata seni, bagi orang lelaki pasti ada terselit rantai di leher ataupun tersarung gelang di tangan? Adakah bila kata orang seni itu perlu pakai semua ini?

Bagi saya, walau sehebat mana pun anda wahai lelaki. Ketahuilah gelang dan rantai itu semua adalah perhiasan bagi wanita. Lelaki haram untuk memakainya. Moga abang-abang semua mendapat hidayah. :)

Ok. Minggu ini pula saya akan menghadirkan diri bagi seminar yang pertama untuk Semester 3 ini. Seminarnya pada hari Ahad ini. Hehe. Ahad depan pun ada seminar juga. Cayok! Cayok! Hihihi. Saya nak gelak jer sebelum saya termoyok sendiri.

Dekat bawah inilah jadual seminar saya. Hehe. Dengar cerita madam BEL 311 dah bagi tugasan di dalam sistem iclass. Wah rasa macam best sangat-sangat jer. ^_^ Hik3. Semoga diri ini tabah dan kuat dalam menghadapi suasana kelas, assaiment dan lecture yang kadang-kadang macam-macam ragamnya. Insya Allah. Mohon doa dari sahabat-sahabat juga yer.

Hari ini dah masuk 08 Syaaban 1433H bersamaan dengan 28 Jun 2012. Lagi beberapa hari jer lagi kita nak menyambut Ramadhan. Sama-sama kita berusaha untuk mempertingkatkan kualiti ibadah dan iman kita di bulan Ramadhan nanti. Bulan Syaaban ni jangan lupa untuk mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan yer sahabat-sahabat.

Oklah saya rasa setakat ini dahulu corat-coret kisah saya sekitar bulan jun ini. Insya Allah, doakan saya sihat selalu yer sahabat-sahabat.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: Harap-harap bila dah mula kelas ni,
Janganlah selera makin menurun.
Oh tidak!! Makin kuruslah saya nanti. *_*

No comments: