Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, July 3, 2012

Hadiah Befday Sempena 22 Tahun


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.
Hai! Sahabat-sahabat apa khabar?

Saya harap sahabat-sahabat semua sihat
disamping insan-insan tersayang. Insya Allah.


Ok hari ini, saya nak share dengan sahabat-sahabat blog
tentang hadiah yang saya terima
sempena hari kelahiran saya yang ke 22
pada 09 Jun 2012 yang lepas.

Alhamdulillah ulang tahun kelahiran kali ini,
saya dapat hadiah paling BANYAK
antara tahun-tahun sebelumnya.
Alhamdulillah, seronok sangat.

Dan yang paling saya terharu,
saya dapat doa dari seorang sahabat.
Sangat-sangat bersyukur.
Kalau nak tahu apa hadiah-hadiahnya,
Jom kita flash back hadiah-hadiah befday saya.
Hehehe. Jangan jelous tau. :p




2 ekor teddy bear ini hadiah daripada ibu saya.
Rasa sangat terharu.
Macam tak percaya dapat hadiah dari ibu.
Balik dari kerja, ibu tunjuk hadiah ini.
Hilang terus rasa penat kerja pada ketika dan saat itu.
I
bu kata, "Selamat hari lahir. Dah besar anak ibu ini.

Ibu dulu masa umur awak dah kahwin."

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu.

Terima kasih ibu. Insya Allah, bila tiba masa

dan ketikanya. Ibu pasti akan lihat anak sulung mu

ini berumah tangga. Insya Allah.

Sayang ibu.


Ha' muffin coklat ni pula pemberian adik bongsu saya.
Adik sangat excited nak bagi hadiah bila tiba hari lahir saya.
Walaupun dia baru 7 tahun
tapi tetap ingat befday kak Yong dia ni.
Thank you adik. Sayang adik juga.


Beg comel ni dari Amni.
Adik saya yang paling slumber.
Entah apa mimpi dia nak kasi hadiah.
Dia kata, "Hadiah aku tak cantik la. Segan nak kasi ko."
Hehe. Mana ada tak cantik. Ni lawa jer beg love ni.
Hihi. Tq Amni. Tahun depan leh dapat hadiah befday lagi. :D



Ferrero Rocher ni saya dapat daripada akak ofis.
Akak ni sorang jer yang selalu panggil saya adik.
Hehe. Kalau nak tahu, itulah kak Mira.
Sangat penyayang orangnya. Hehe.
Tq kak Mira. Sedap ferrero rocher ni kak Mira.
Nanti boleh belanja Iqa lagi. Hik3. :D


Hadiah teddy bear turtle and keychain comel ni pula
saya dapat daripada
my bestfriend saya iaitu cik Haziqah yang comel.
Sangat teruja. Ketika waktu tengah hari masa di ofis.
Abg ofis kata, "Iqa ni ada hadiah untuk Iqa. Besarnya Iqa."
Hehe. Bila lihat siapa pengirimnya.
Tersenyum girang saya pada saat itu.
Walaupun saya dah pesan bagi masa date dengan Haziqah nanti.
Tapi rupa-rupanya Haziqah postakan hadiah itu.
Hehe. Thanks a lot my dear friend.


Set pin tudung ini pemberian kak Kema.
Setiausaha pejabat di ofis saya.
Kak kema ni saya dah anggap macam kakak saya.
Dia pun dah anggap saya macam adik dia sendiri.
Hehe. Cun kan pin butterfly ni?
Terima kasih kak kema.
Sanyang mummy akmar.


Hadiah ni saya terima masa 01 Julai
dari sahabat sekelas e-pjj saya.
Nama dia Siti Mariam.
Dia pun sama dengan saya sangat-sangat suka warna purple.
Ingat dia main-main nak bagi hadiah katak masa wish kat FB.
Selepas kelas, masa nak balik dia kata,
"Iqa, Siti ada benda kecik nak bagi kat Iqa."
Pada mulanya aku ingat dia main-main jer.
Sekali dia keluarkan kotak dari kereta dia.
"Iqa, nah untuk Iqa. Hari tu kan siti janji nak kasi katak kat Iqa."
Balik rumah selepas solat maghrib, saya buka hadiah dari Siti.
Takut juga rasanya, mana tau betul-betul katak ke?
Hehe. Sekali buka memang ada katak.
Tapi tabung katak. Hak3.
Tabung yang sungguh comei.
Siti pesan, "Iqa jangan lupa bagi katak tu makan tau."
"Insya Allah, Iqa akan bagi katak ni makan seminggu sekali."
Hehe. TQ Siti. Sayang Siti ketat-ketat. :)


Hadiah yang ni saya rasa special sikit.
Almaklumla dari insan Jauh Di Mata, dekat Di Hati.
Hehe. Walaupun hanya YM yang berbicara.
Tapi saya rasa sangat terharu.Sebab inilah kali pertama,
ketika hari ulang tahun saya ada orang wish macam ni.
Mr, "Selamat ulang tahun kelahiran Tiqah.
Semoga Tiqah panjang umur,
ditambahkan amalan yang istiqomah,
dimurahkan rezeki.
Semoga success dalam setiap perkara yang dibuat.
Mudah-mudahan jodoh didekatkan. Insya Allah."
Apa-apa pun terima kasih yer awak.
Sama-sama kita doakan. :)



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih atieqah-


p/s: Aura Ramadhan kian terasa.
Sama-sama kita berdoa, semoga kita bertemu dengan Ramadhan kali ini. Insya Allah.




2 comments:

ziQa said...

ehem2..macam kenal je Mr tuh..

NuRKaSiH aTieQaH said...

kenal ke..?
hehe..
Rahsia tau.. :p