Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, July 12, 2012

Saya Tak Layak Buat Awak

Saya tak layak untuk awak
Itulah yang tiba-tiba aku fikirkan
Dalam lamunan ku di suatu petang
Aku tidak tahu mengapa
Fikiran ku tiba-tiba mencernakan ayat itu
'Saya tak layak buat awak'

Saya tak layak untuk awak
Bila ia terlintas di fikiran
Aku rasa segan sendiri
Aku tertunduk malu menyepi
Aku masih banyak yang tidak lengkap
Hanya luaran sahaja yang di lihat sempurna
Tapi dalaman aku masih banyak yang kurang


Saya tak layak untuk awak
Banyak yang perlu di perbaiki
Solat ku masih belum dapat kekusyukkannya
Solat sunat ku apatah lagi
Sering di abaikan begitu sahaja
Kisah para nabi masih belum di khatamkan
Kisah sahabat-sahabat banyak yang aku lupa

Saya tak layak buat awak
Itu yang sering aku fikirkan
Aku rasa malu untuk berjumpa dengan mu
Aku rasa rendah diri sekali
Itulah yang mampu aku ungkapkan sekarang
Walaupun jauh di sudut hati
Aku masih menyayangi mu

Tapi apakan daya
Aku tidak layak buat mu
Aku hanya insan biasa
Ilmu ku tidaklah setinggi mu
Diri mu seorang pejuang dakwah
Diri mu sering menjadi tempat rujukan
Berbeda sungguh dengan diri ku

Aku tak layak untuk mu
Kerna aku hanya insan biasa
Yang sering tertewas dengan godaan
Yang sering membuatkan aku lalai dan leka
Ilmu ku tidaklah sebanyak ilmu mu

Bukan sengaja ingin ku ukirkan
Saya tidak layak buat awak
Tapi ia lahir dari lubuk hati ku
Yang kadang-kadang sering ragu
Membuatkan aku menjadi takut
Untuk mendampingi mu
Kerna aku takut diri mu akan kecewa
Maafkan aku wahai diri mu

Maafkan aku kerana telah menyentuh hati mu
Lepaskanlah aku dari hati mu
Izinkan aku belayar mengembara
Dalam mencari erti nikmatnya iman
Akan ku biar ia seketika
Menjauh dari hati mu

Andai benar kita bersama
Jemputlah aku di sini
Di lihat oleh ibu bapa kita
Di saksikan oleh Nya




Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: menghayati apa yang di ukirkan akan membuat ia lebih bermakna

No comments: