Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, August 28, 2012

Salam Lebaran

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat pembaca-pembaca setia blog Bingkisan Nuraniku ini. Saya ingin memohon maaf andai ada tersalah dan terkasar bahasa dalam penulisan saya. Dan ucapan terima kasih saya ingin berikan kepada sahabat-sahabat dan pengunjung setia blog ini kerana sudi singgah walaupun dah hampir sebulan lebih saya tak update blog. Ramai sahabat yang bertanya, Kenapa dah lama menyepi? Facebook sepi, blog sepi. Kenapa?

Saya hanya tersenyum. :) Maaf yer sahabat-sahabat. Saya ingin membawa diri jauh dari semua. Hanya itu yang mampu saya lakukan. Terima kasih kerana masih setia dengan blog Bingkisan Nuraniku.

Ok saya ingin bercerita serba sedikit perkembangan raya saya kepada sahabat-sahabat blogger saya. Insya Allah. Raya tahun ini, saya beraya bersama family tercinta di rumah sendiri. Tahun ni tak dapat balik Pahang beraya bersama wan dan saudara-saudara di sana pada awal syawal. Tapi alhamdulillah raya ke 5 saya dan family sempat pulang ke kampung halaman di Kuala Krau, pahang walaupun hanya semalaman.

Tahun ini, kami buat lemang sendiri di rumah sendiri. Alhamdulillah. Raya kali ini juga, raya yang paling sedikit kami buat kuih raya. Banyak yang beli dan ada juga saudara-saudara yang beri. Kalai sahabat-shabat nak tahu, makanan wajib yang perlu ada di rumah kami adalah rendang kerang. Sedap tu. Ni makanan favourite abah. Alhamdulillah tahun ini, raya pertama rumah kami ada membuat lemang, nasi empit, rendang ayam, rendang kerang, rendang satay dan laksa. Wah banyak kan? Hehe. Tapi kalau sahabat-sahabat datang sekarang semua tu dah habis. Hee~ :D

Alhamdulillah raya tahun ini banyak rumah yang saya sempat singgahi. Ketika di Pahang, saya sempat menziarahi seorang sahabat yang hampir 15 tahun tak jumpa. Kami berpisah ketika berada di tahun 3. Alhamdulillah, tahun 2012 kami sempat merapatkan ukhwah kembali. Moga tahun-tahun hadapan kita akan bersua lagi. Insya Allah. ;)

Sabtu yang lepas pula, saya dan sahabat-sahabat Agama Khas telah membuat reunion raya Agama Khas 2003-2007. Seramai 11 orang yang telah turut serta dalam program ini. Alhamdulillah 13 buah rumah sempat kami singgahi iaitu dari Temoh hinggalah ke Tanjung Malim. Saya keluar rumah seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 10.30 malam. Semoga tahun hadapan kita dapat bertemu lagi dan makin ramai sahabat-sahabat yang akan turut serta. Insya Allah.

Saya rasa setakat ini dahulu serba sedikit kisah perjalanan raya saya untuk tatapan sahabat-sahabat blog semua. Jangan lupa puasa 6 yer. Salam lebaran!


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: kenapa makin hari, makin tawar?

2 comments:

ariff al-baqi said...

selamat hari raya.. semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.. semoga lebih bahagia lagi, insyaAllah :)

NuRKaSiH aTieQaH said...

slmt hari raya ariff. Insya Allah. smg ariff juga sentiasa dlm lembayung rahmat kasih Illahi. Insya Allah. :)