Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, September 4, 2012

Bingkisan Pelangi Kehidupan


Jalani hidup seperti biasa
Bersama insan-insan tersayang
Ibu abah dan adik-adik
Kakak-kakak pejabat
Sahabat-sahabat seperjuangan
Tak lupa juga kehadiran seorang insan
Yang sentiasa ada di lubuk hati ku

Hari berganti-hari
Ramai kawan-kawan tegur
"Kenapa Iqa makin kurus?"
"Eh Tiqah kurusnya ko?"
"Kenapa dengan awak Ayong, abah tengok makin kecil jer."
"Betul la Iqa, sekarang ni Iqa dah nampak tulang jer."
Itulah ayat yang selalu aku dengar

Aku pun hanya boleh tersenyum
Apabila mendengar kata-kata mereka
Aku pun tidak tahu mengapa
Makin hari aku makin mengurus
Aku pun tak mengerti mengapa
Nak kata langsung tak makan tu
Mustahil betul
Masa makan, makan juga
Tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak
Memang dah dekat sembilan bulan
Badan saya makin susut

Itulah saya sekarang
Banyak baju yang kainnya sudah longgar
Hehe, rasa kelakar pun ada
Beli cincin dulu hanya muat pakai jari manis
Sekarang dah boleh pakai kat jari hantu
Siap boleh pusing-pusing lagi cincin tu
Hahaha Atiqah Atiqah
Apa kena pun tak tahu
^_~

Sejak dua menjak ni
Saya jadi seorang yang sangat rajin dengan kerja rumah
Kalau hari kerja
saya akan siapkan sarapan seawal 6.45 pagi
Buat sarapan untuk adik-adik ke sekolah
Jika hari cuti
Automatik jam 7 pagi saya dah ke dapur siapkan sarapan
Tanpa bantuan ibu di dapur
Masak menu sarapan yang berlainan setiap hari
Ibu abah dan adik-adik bangun sarapan dah siap
Mereka bangun dan sarapan bersama sahaja
Lepas itu saya akan kemas rumah
Bagi ayam dan angsa makan
Bila time tengah hari
Saya akan fikir menu apa nak masak
Begitulah seterusnya

Hermm
Suatu malam sebelum tidur
Aku muhasabah diri
"Aik nape aku tiba-tiba rajin sangat ni? Semua aku buat?
Ai Atiqah, macam dah sedia nak kahwin jer?"
Tersenyum aku sorang-sorang
Sebab selalu orang kata macam tu la
Entah lah aku pun tak pasti
Hehe

Tapikan seriously
Sekarang ni aku tengok kan
Ramai kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan
Kalau kata tak terdetik kat hati nak juga tu tipulah kan
Hehehe :p
Angan-angan tu ada la
Nak buat majlis macam ni
Nak tema warna ni la
Macam-macam la
Tapi apakan daya
Mungkin belum tiba masanya
Hehehe

Minggu ini ada kelas
Rasa memang tak bermaya nak pergi sebenarnya
Tapi apakan daya
Itu jalan yang ku pilih
Jadi akan ku juang juga
Walaupun hanya sipi-sipi sahaja untuk mencapai kemenangan itu
Hihihi :D

Doakan saya yer sahabat-sahabat blogger semua
Salam 17 Syawal untuk semua


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: hati-hati dengan HATI :)

No comments: