Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, October 13, 2012

Izinkan Aku Berkarya


Duhai pagi
Izinkan aku berkarya
Di bawah renyaian hujan
Anginnya mengalun sepi
Membawa segala pergi bersama
Hati seakan mudah rapuh
Dek percikan titisan hujan
Mudah mengalun rasanya
Mudah membuat hatiku retak
Hati terukir garisan pedih
Bersama rintikan mutiara jernih
Aku berlayar sendiri
Memikirkan segala sesuatu
Haruskah berkongsi bersama
Mungkin perlu dan mungkin tidak
Manusia sering memanipulasikan sesuatu
Sering tanpa fikiran yang benar
Tafsiran dibuat tanpa mengenal erti kehidupan
Tiada mengapa
Maafkanlah segalanya
Mungkin kesibukan membuatnya terlupa
Akan kehidupan sekelilingnya
Tiada mengapa
Cuba sedaya upaya memahami
Walau ada hati terkecewa
Biarkan ia mengalun sendiri
Segala sesuatu itu
Di lubuk hati yang dalam
Mungkin ada hikmahnya
Segala sesuatu itu
Ingatkan diri
Ingatkan minda
Bukan mudah untuk memiliki sesuatu
Satu perjalanan itu memerlukan pengorbanan
Pengorbanan itu menuntut kesabaran
Kesabaran itu perlu disirami kesetiaan
Dan kesetiaan itu harus disulamkan kejujuran
Biarkan ia mengalir bersama renyaian hujan
Makin lama ia akan hilang dibawa arus
Arus sepi yang tiada penghujungnya
Moga ketemu di muara

Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: