Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, October 7, 2012

Jika Nikmat Itu Hilang


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

01 Oktober 2012 merupakan paper first bagi final exam saya untuk semester 3 ini. Tapi Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Aku di uji pada hari pertama ingin menduduki exam.

Seawal jam 5 pagi aku sudah membangunkan diri untuk mempersiapkan diri. Almaklumla tempat examnya jauh di Shah Alam nun. Saya di Tanjong Malim. Perjalanan ke sana memang tidak berapa jauh dalam sejam lebih tapi disebabkan hari ini adalah hari Isnin, maka ramailah manusia yang akan bergerak menuju ke tempat kerja. Pasti akan berlaku ke jem jeman di jalan raya. Hehe.

Bagun pagi tu, saya dah rasa mata seperti masuk habuk. Saya ingat memang habuk biasa la kan. So bila masuk bilik air cuci muka and rendamkan mata sambil kedip-kedipkan mata tu dalam air. Tapi habuk yang ku rasa ada di dalam mata itu masih tidak keluar. Sebelum keluar rumah 6.30am, saya masih sempat mengedip-ngedipkan mata di dalam air buat kali yang terakhir sebelum keluar rumah. Selepas solat juga, saya ada minta ibu tiupkan mata tapi masih tidak hilang juga.

Jadi ketika perjalanan saya dah rasa seperti tidak boleh membuka mata. Owh tidak. Saya dah fikir nak ambil MC jer. Tapi lecture yang jaga exam kata kalau ambil MC kene repeat. Owh saya memang elegik dengan perkataan REPEAT-REPEAT itu. Haha. Tak sanggup nak repeat sedangkan dah berada di depan dewan exam. Hehe. So saya teruskan langkah kaki sambil teraba-raba dan hampir terjatuh juga di dalam dewan akibat tak nampak. Hehe. :D

Dalam dewan, mata dah rasa seakan-akan tidak dibenarkan buka. Saya mulakan menjawab paper pertama itu dengan bismillahirrahmanirrahim dan terus memulakan sesi penjawaban paper exam BEL 311. Dalam kepayahan, aku tetap berusaha. Walaupun dah rasa seperti tulisan kanak-kanak dan tulisan ke atas ke bawah bagaikan kertas jawapan itu tiada garis-garis. Subhanaallah, pada masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Tak terucap rasanya. Bagaikan nak menangis. Memang dah menangis pun masa tu. Menagis sebab sakit sangat mata tu. Sambil tu saya cuba tonyoh-tonyoh mata kot-kot ada keajaiban yang berlaku. Tapi tidak ada. Hehe.

Selesai menjawab paper BEL, saya terus keluar sambil terus paut pada tangan sahabat. Saya dah tak nampak apa-apa. Hanya terintai-intai di sebalik mata untuk melihat dan melihat dan menyimpan peralatan di dalam beg. Masa balik tu, mata memang dah tak boleh buka. Saya hanya fikir nak balik dan pergi klinik. Itu sahaja yang terbit di minda saya. Di hati, hanya berkata, "Ya Allah, kenapa dengan mata ku ini. Selamatkanlah mata ku  ya Allah. Tak larat aku menghadapi dugaan seperti ini."

Sesampai sahaja di Tanjong Malim, adik ambil saya di tol dan terus bawa saya ke wad kecemasan hospital Tanjong Malim. Di sana, mata saya di basuh dengan air pada permulaannya sebanyak tiga kali. Selepas itu, mereka cuci dengan iodin. Aku hanya mampu beristifar sahaja kerana betapa pedihnya bila benda-benda macam tu masuk kat mata kita kan. Tapi nak buat macam mana nak hilangkan habuk yang aku rasa di dalam mata itu. Tapi bila dah cuci beberapa kali, habuk itu masih belum keluar juga. HA kat wad kecemasan kata, saya kena refer di Hospital Sungai Buluh ataupun Hospital Teluk Intan. Kerana dua buah hospital itu sahaja ada pakar mata. Ok kalau nak tahu pada waktu ini apa saya rasa. Erm "Ya Allah teruk sangat ke mata aku ni? Adakah kene wat pembedahan or apa? Ya Allah jangan apa-apakan aku dan mata ku. Selamatkanlah mata ku Ya Allah. Sabtu ini aku masih ada exam yang perlu aku duduki."

Masa lepas tahu kena pergi Hospital TI ataupun SB itu, adik dah telefon abah. Abah masa tu tengah kerja. Kelam kabut dibuatnya. Kalau nak tahu, saya ni cepat nangis. Hehe. Masa cakap dengan abah dalam telefon pun nak terangkan pun saya dah sedu-sedu. Hahaha. Anak manja kan saya ni. Kih3. :p

Dalam masa 30 minit abah pun sampai di wad kecemasan Tanjung Malim. Mata dah kena balut sebelah. Dalam kereta aku hanya terpejam sahaja kerana tidak mampu untuk membuka mata. Abah memilih untuk pergi ke Hospital Teluk Intan kerana kami dah biasa ke sana berbanding dengan Hospital Sungai Buloh. 

Sesampai di sana, aku dah pegang tangan abah ntuk berjalan. Takut terlanggar kereta pula masa melintas. Hehe. Masa kat kaunter pendaftaran, abah sempat seloroh lagi. Nurse tu tanya kenapa dengan mata adik? Saya kata masuk habuk. Dia tanya belah mana? Saya jawab kiri. Nurse tu tanya lagi, yang sebelah kanan tu kenapa bengkak? Abah jawab dulu, "yang tu sebab die suka nangis." Saya apa lagi cepat jer tangan ni cubit abah. Haha. Jahat tak jahat anak abah ni kan. Elleh cubit-cubit manja jer. Sian abah. Dah la malam tadi kerja sampai petang tak rehat-rehat. Dari balik mata saya yang tak berapa nampak ini, saya masih boleh melihat wajah kerisauan seorang ayah.

Dalam perjalan menuju ke hospital, saya sempat memohon doa dari sahabat-sahabat. Moga tiada apa yang berlaku pada mata saya. Ketika di rawat oleh Dr. di Hospital Teluk Intan, mata aku rasa ok sikit la. Tak ada rasa sepedih-pedih sangat seperti sebelum ini. Tapi masih lagi ada kesakitan di dalam mata. Dr tu kata kena datang esok jumpa pakar mata kerana sekarang Dr pakar mata dah balik. Jadinya esok saya kena datang semula di sini. Sah-sah la masa saya sampai tu dah jam 6.30PM mana mungkin Dr ada lagi. Hehe. Dr. tu bagi MC 2 hari. MC untuk hari Selasa dan Rabu. 

Balik malam tu, dah dapat ubat kena bubuh dalam mata. Satu untuk di titis. Satu lagi ubat macam colgate tu untuk letak dalam mata. Owh pedih yang amat. Tak tau nak cakap. Mata sampai tak boleh buka bila bubuh ubat itu. Jalan pun kena pimpin sebab mata memang kelabu. Adik saya yang bongsu siap kata, "sian kak Yong." Dia mesti pegang tangan saya bila jalan. Takut kakaknya jatuh. =)

Keesokan harinya pergi jumpa Dr. pakar mata yang telah dibuat appoiment semalam. Dr pakar mata tu kata, "Dalam mata awak dah ada luka. Luka besar. Memang ada sesuatu yang masuk dalam mata awak. Dan awak gonyoh-goyoh tu yang menjadikan luka dalam mata awak makin besar. Ok, kita letak ubat ni dalam mata awak dan kita tutup dulu mata awak buat sementara. Saya nak tengok esok macam mana. Sama ada luka ini makin mengecil atau sebaliknya." Dan selepas itu, mata kiri saya ditutup kembali seperti lanun. Hehehe. Nak buat macam mana. Nak sihat kena korban la. Masa tu saya dah tak kira malu ke apa. Kerana dah terlalu sakit. Muka pun saya dah tak tau macam mana. Adik saya siap kata muka kak Yong, ya Allah. Hehe. Saya kata, "Bialah, Kak Yong dah tak fikir apa sakit ni. Ingat nak cepat sembuh jer." Adik pun gelak jer. Yer la, macam mana nak bersiap kalau mata nk tengok pun tak nampak. Semua perkara orang lain yang tolong buatkan. Iron tudung, charge HP, basuh baju, semuanya orang yang buatkan. Hinggakan nak letakkan ubat dalam mata pun abah yang tolong. Manja tak manja saya ni dalam diam. Hahahah. =p

Hari Rabu, pergi sekali jumpa Dr. pakar mata semalam. Dr kata, "Bagus luka dalam mata awak dah makin mengecil. Awak datang semula hari Jumaat sebelum awak nak exam. Awak exam Sabtu kan? Dr nak tengok sama ada awak boleh jawab exam ke tidak. Saya bagi awak MC sampai Jumaat. Nanti Jumaat datang semula yer." Dengan nada yang agak gusar, saya dan abah menjawab ya. @_@

Dalam hati saya kata, "Mungkin boleh ambil exam dan mungkin juga tidak boleh. Ya Allah, apakah dugaan yang Engkau berikan kepada hamba Mu ini. Sampai sekarang mata ku tidak mampu untuk membaca apa-apa. Mata pun macam nak buka tak nak buka jer. Ya Allah, moga aku tabah hadapi semuanya ini. Permudahkanlah segala urusan ku."

Hari Khamis masih di rumah. Merehatkan diri dan mata dengan secukupnya. Tidak apa yang boleh saya kerjakan melainkan melelapkan mata sambil merehatkannya. Sambil tu touchup-touchup sikit dengan ubat mengikut aturan yang Dr berikan.

Hari Jumaat pun menjelma. Dan alhamdulillah, hari ini bangun pagi selepas mandi mata dah boleh sedikit bukanya dan adalah nampak terangnya sedikit dari 4 hari sebelum ini. Alhamdulillah berkat Jumaat. Semangat jumpa Dr. Dan keputusan yang Dr berikan juga amat menggembirakan hatiku. Alhamdulillah. Dr kata, saya boleh ambil exam esok. Alhamdulillah syukur ya Allah. Walaupun mata ku belum sembuh sepenuhnya, tapi ada peningkatan dari hari sebelumnya.

Sampai-sampai di rumah, saya berehat seketika. Merehatkan mata dan juga badan yang agak letih. Petang di waktu semua orang tengah kusyuk merehatkan diri. Saya mempersiapkan mata, otak dan badan saya untuk study subjek CTU 264. Saya berbisik di hati, "Atiqah, awak baca apa yang awak mampu. Baca selagi mampu. Jangan paksa mata awak untuk baca terlalu banyak. Awak baru nak sembuh." Abah dan ibu pun risau melihat anaknya ini. Malam itu, saya hanya mampu study sampai jam 1AM sahaja. Mata dah tak larat. Rasa letih sangat.

Dan kemuncaknya adalah hari ini. Gementar juga. Takut saya jadi blur dalam dewan. Tapi alhamdulillah, berkat doa ibu dan abah serta sahabat-sahabat, saya boleh jawab soalan exam dengan lancar. Alhamdulillah, syukur sangat. Moga Allah permudahkan segalanya.

Inilah dia kondisi mata saya selama 4 hari ini.
p/s: dalam gambar ni action buka mata tapi sebenarnya tak nampak apa-apa pun. =p

MC paling lama iaitu selama 5 hari. Tak pernah dibuat sebelum ini. Hehe. Lamakan? 4 hari jalan dipimpin. 4 hari jalan teraba-raba. 4 hari tanpa nikmat mata yang sempurna. Alhamdulillah, akhirnya hari yang ke 5 baru dapat menikmati alam keindahan Allah kembali walaupun keadaan mata yang masih bengkak dan kemerahan sedikit. Alhamdulillah, semuanya makin sembuh. Ketika ini, baru terasa nikmat mata itu amat penting. Tanpa mata, kita tidak akan dapat menghayati dan melihat keindahan bumi ciptaan Allah. 

Pada masa kehilangan nikmat melihat itu, banyak yang saya pelajari. Antaranya:

1) Sentiasa menjaga nikmat penglihatan yang Allah berikan pada kita
2) Nilai kasih sayang ibu dan abah tidak tandingan dengan kasih sayang orang lain
3) Sentiasa bersangka baik pada Allah
4) Perlu ada sikap tolong menolong antara adik beradik 
5) Sentiasalah bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: maaf, kali ini bicara ku amat panjang. moga ada manfaat buat semua pembaca.

4 comments:

Que Anez Que Aziz said...

Salam alaik,
Bukn awk sorg je, Q ni pon cuak kot2 adik Q sorg ni xdpt msok exam. Tp apapon, alhamdulillah. Semua dh ok. Lanjutkn study utk last paper kita ye. Tuhan duga bersebab. Sabar itu kn kuncinya. =)

Baru ilang nikmat sekejap, kita dh meronta. Mcm mne yg ilang selama2nya tu kn? Nauzubillah. Tekke sis! =)

NuRKaSiH aTieQaH said...

Waa'laikummussalam que..

Terima kasih que krn ambil berat ttg adik mu yg kecik ni. Hehe. Insya Allah, setiap dugaan tu penghapus dosa kan. Kdg2 kita leka dengan nikmat dunia dan jarang sekali bersyukr. Insya Allah, akan usaha sedaya upaya utk last paper ni. Tq again my dear sister. :)

econpolics said...

salam,,haii lama xmasuk blog ni, ye sangat2 lama.

ape habaq? khusyuk abez sy baca entry awak yg ni. Alhamdulillah mata awk ok.

bila sebut pasal mata ni,, haii sedey rasa, sebab actually sy pn mengalami masalah mata. mata kanan sy.

kornea di mata kanan sy mengalami masalah, menyebabkan silau melampaui batas2 karma, huhu. dr cakap kornea asal berbentuk bulat bola, tp saya punya berbentuk bujur bola rugby. tahun lepas ade buat treatment, dapat contact lens khas utk masalah ni. dapat aka beli.
tapi ya Allah pakai die, kemain sakit. memang tak dapat nak kemana. padahal sy ade kelas?
dan akhirnya sy terpaksa tak pakai.

sekarang ni penglihatan sy, bergantung dengan mata kiri. Alhamdulillah sekurang2 nya ada jugak mata kiri ni membantu.

nnt da keje sy nak buat operation terus. senang cita, mintak2 sempat. amin.

huuu sori panjang lebar membebel

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikummussalam. a'ah begitu lama. Alhamdulillah saya sihat2 saja. Mata saya pun makin sembuh tapi mata dah xcerah dahulu pendlihatan. Rabun dah makin bertambah.

Subhanaallah yer ke loqman? Rasa macam tak percaya sahaja. Rupanya ada lagi insan yang matanya diuji Allah. Insya Allah semoga bila loqman dah ada kerja boleh membuat operation mata dengan segera dan dipermudahkan Allah. Saya doakan semoga loqman sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan.

Tak apa. Sama-sama kita kongsi pengalaman. Moga ada manfaat buat kita semua. Insya Allah.

All the best in your life. :)