Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, October 21, 2012

Pantun Nasihat


Sungguh cantik hiasan dunia
Cantik lagi wanita idaman
Selamat pagi sahabat semua
Mulakan hari mu dengan senyuman

Naik kayak hingga terbalik
Air kolam terkena muka
Ayuh kita jadi budak baik
Allah suka kawan pun suka 
Sungguh enak gulai labu
 Gulai di jual di kedai Rozita
Sayangi ayah sayangi ibu
Kelak syurga menanti kita

Bunga ros kuntuman lima
Di beri oleh jejaka pekan
Solat itu tiang agama
Jangan lupa jangan ditinggalkan

Sungguh cantik jubah merah
Di pakai oleh cucunya datuk
Berusahalah jadi anak solehah
Pasti isteri mithali akan terbentuk

Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: