Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, November 15, 2012

Result Semester 3

 

First of all, saya nak ucapkan salam maal hijrah 1434 buat semua warga blogger. Let's hijrah for the better. May Allah bless us. Insya Allah. :)

Result final exam yang lalu dah keluar. Alhamdulillah, saya lulus semua. Syukur sangat. Sebab masa final exam tempoh hari, saya mengalami kecederaan pada mata. Masa mula-mula mata saya sakit pada hari nak ambil paper BELL 311. Dan seminggu selepas itu baru mata saya boleh buka semula. Dan esoknya, saya akan mengambil exam CTU 264. 

Kedua-dua paper itu, saya jawab dengan redha dan hanya berserah pada Allah. Tapi Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya lulus semua. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Berkat doa ibu dan abah saya, sahabat-sahabat seperjuangan. Syukran jazilan semua.

Result kali ini lebih baik dari result semester lepas. Alhamdulillah, rezeki. Moga semester-semester akan datang, result makin bertambah baik. Doakan saya, sahabat-sahabat. 



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: 'Saya akan hargai dan usaha ke arah itu.' I hope you will do what you had said. :)

No comments: