Pages

Ahlan wa sahlan ila blog Bingkisan Nurani Ku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Kalau nak komen dan beri pandangan pun saya alu-alukan. Syukran kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, November 29, 2012

Scanning Baby Dalam Kandungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger yang sudi singgah di teratak Bingkisan Nuraniku ini. Syukran jazilan. saya doakan semoga sahabat-sahabat semua sihat dan ceria di samping insan-insan tersayang. :)

Alhamdulillah 26 November 2012 bersamaan dengan 12 Muharam 1434H, saya berkesempatan mengikut akak pejabat membuat scanning baby di dalam kandungan beliau. Pada mulanya saya ingat hanya sebagai peneman tetapi tidak sangka akak pejabat menawarkan supaya saya mengikutnya sekali ke dalam bilik pemeriksaan. 

Wah! saya terasa sangat teruja. Sehingga saya bertanya kepada akak tu, 

Betul ke ni kak kema nak ajak iqa masuk sekali ni? Boleh ke ni?

Yer, bolehnya iqa. Akak nak bagi iqa tengok sekali.

Tapi nanti kalau doktor tanya macam mana?

Tak adanya doktor nak tanya. Kalau dia tanya nanti akak kata la ini adik ipar saya.

Ish kak kema ni. Mana yer yang part adik iparnya pun iqa tak tahu lah. Hehehe.

Aku pun tersengeh jerla dengarnya. Bukan sebab dapat jadi adik ipar yer. Tapi sangat teruja untuk melihat baby yang bakal di scan dalam kandungan kak kema itu. Hehehe. Teruja tau. Sapa kata tak teruja. Mestilah rasa teruja. Selama ini, walaupun pernah jaga adik ketika baby, tapi tidak berpeluang pun untuk ikut abah masuk dalam bilik ketika ibu saya nak scan baby dalam kandungan. :)

Bila nombor giliran di panggil, saya pun ikut kak kema masuk ke dalam bilik sambil tersenyum-senyum. Hehe. Subhanalllah, ketika baby di scan, saya rasa sangat teruja bila melihat baby itu. Wah rasa macam tak percaya sahaja melihatnya. Sungguh indah ciptaan Allah.

Saya sempat snap beberapa keping gambar untuk tatapan sahabat-sahabat blog dan juga untuk simpanan peribadi saya. Rasa sangat kagum dengan kekuasaan Allah.

Tengok betol-betol, nampak kan kepala baby 
dalam kandungan kak kema tu. :)




Bila saya melihat semua ini, saya terdetik dalam hati, wah bestnya nanti kalau dah ada suami. Mesti tak sabar nak menanti kehadiran cahaya mata. Lepas tu pergi klinik buat checkup kandungan sama-sama dengan encik suami. encik suami sentiasa berada di sisi tak kira susah dan senang seorang isteri itu. (wah-wah Atiqah, kau berangan lebih yer ni?) Hehehe. Terberangan la pula kan. Haha. Sory la sahabat-sahabat, saya ni suka berangan juga, almaklumla usia dah makin meningkat ni kan. Hik3. :p

Ada satu lagi kisah ni, kalau sahabat-sahabat nak tahu, doktor-doktor untuk ibu mengandung ini rupa-rupanya sangat-sangat garang. Uish saya yang berada dalam tu pun terkejut bila dengarnya. Hehe. Mungkin sebab kerana ia melibatkan dua nyawakan. Sebab itulah doktor-doktor ini garang sedikit. Hehehe. (Jangan marah doktor) :) 

Ok lah, saya rasa setakat itu dahulu cerita saya yang sangat-sangat-sangat-sangat teruja apabila diberi peluang untuk melihat sendiri cara scanning baby dibuat. Dan dapat melihat baby yang berada dalam perut seorang ibu. :) 

Terima kasih kak kema, kerana bagi iqa peluang itu. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih untuk segalanya. Kak kema dah banyak bagi iqa peluang dan kesempatan untuk merasa dan melihat dunia yang iqa pasti akan tempuhi suatu hari nanti. :)


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: teruja untuk menanti kehadiran cahaya mata sendiri. ;)

No comments: