Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, December 20, 2012

Duhai Pendamping Hidup Ku


Hari berlalu masa berjalan
Semuanya menuntut seribu satu makna
Dalam kehidupan ku mahupun diri mu
Aku tidak mengetahui di mana diri mu
Aku jua tidak mengenali siapa diri mu
Duhai pendamping hidup ku
Moga kita bertemu suatu detik nanti
Masa yang benar waktu yang tepat
Kita bersama belayar megharungi bahtera kehidupan
Biar apa sekali pun yang berlaku
Aku akan sentiasa di sisi mu
Memberi sokongan memberi nasihat
Kita saling melengkapkan pelayaran ini
Mengukir seribu satu warna pelangi
Warna yang indah
Walau kadang-kalanya
Kehidupan itu pasti ada rencahnya
Kerana pentas yang kosong
Pasti tidak indah di pandang mata
Perlu di hiasi dengan warna-warna hiasan
Moga aku dan diri mu tabah menghadapinya

Nukilan,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: Saya tak tahu, saya rasa berdebar untuk menunggu tahun hadapan. Moga semuanya dalam aturan dan perancangan Allah.

No comments: