Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013

Selalu orang akan menggunakan kalenda Masihi sebagai pengukur umur. Begitu juga saya. Walaupun kalender Islam itu kadang-kadang dan sering kita lupa. Tapi ia juga penting untuk kita mengetahuinya. Kerana apa? Kerana kita adalah umat Islam. Dan yang paling bagus adalah mengetahui kedua-duanya sekali. In sha Allah, sama-sama kita cuba yer sahabat-sahabat.

Mengikut kalender Masihi, hari ini kita sudah pun memasuki tahun baru kerana hari ini adalah 01 Januari 2013. Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk hidup. Mesti tahun baru ini ramai yang menanam azam baru yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Eh estetika? Apa tu? Haha. Aku pun kurang jelas sebenarnya. Hahaha. Apa pun tak boleh. Ok ha' apa azam korang? Cer citer cer citer. Hik3.

Ok lah, nak minta korang cerita susah pula sebab ni kan blog saya. Camne korang nak share kan. =p Hehe. Oklah sempena tahun baru ni, saya nak share serba sedikit azam saya pada sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya ni. =) 


2012 telah meninggalkan kita. 2013 telah menjelma. Pelbagai suka dan duka telah saya lalui sepanjang tahun 2012. Moga hari-hari yang mendatang membuat saya akan lebih kuat menghadapi setiap dugaan hidup. In sha Allah.

First of all saya nak bagi tahu, sebelum nak sampai tahun 2013 saya rasa gementar. Entah saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Hee~ Mungkin sebab saya dah nak masuk 23 tahun kot pada tahun ini. =) Dulu saya pernah bicara sama akak ofis bila mereka tanya bila saya nak kahwin. Saya kata paling awal 23 tahun dan paling lewat adalah 25 tahun. Ermm mungkin sebab tu kot rasa gementar tu hadir.

Tapi sekarang semuanya sudah bertukar. Azam saya untuk masa beberapa tahun setakat ini ada 4 stage. Stage pertama telah saya dapatkannya. Stage ke-2 biarlah rahsia. Hehehe. Stage ke-3 in sha Allah saya akan habis Diploma in Information Management. Dan stage ke-4 barulah saya memikirkan untuk mendirikan rumah tangga. In sha Allah. Itu semua perancangan saya setakat ini. Tapi saya hanya merancang dan Allah juga yang menentukan segalanya. Perancangan Allah itu lebih hebat. Betul tak sahabat-sahabat semua? =)

2013. Ermm tahun ni saya azam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Nak belajar untuk istiqamah dalam sesuatu ibadah yang saya lakukan. In sha Allah. Doakan saya sahabat-sahabat. Saya nak jadi hamba yang lebih mentaati kepada Nya. Jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. =)

Azam yang kedua ialah saya akan lebih berjimat cermat dan akan menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan study saya. In sha Allah. Saya nak belajar simpan duit lebih sikit untuk kegunaan masa depan. Dan terutamanya untuk mencapai stage hidup saya yang telah saya rancang. Moga Allah perkenankan segala hajat di hati yang kerdil ini. =) In sha Allah.

Hehe. Tahun ini azam saya ada dua itu sahaja. Moga saya dapat mencapainya. In sha Allah. Dengan izin Allah. Saya pun mendoakan semoga sahabat-sahabat mempunyai azam yang lebih mendekatkan diri kita kepada dunia dan akhirat. In sha Allah.

Saya rasa setakat ini dulu buat permulaan post yang pertama untuk tahun baru ini. In sha Allah kita berjumpa di lain post yer. Esok adalah 2 Januari 2013. Genap sudah 4 tahun saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir. Moga tahun ini, saya menjadi seorang pekerja yang lebih bertanggungjawab dan pekerja yang BITARA dalam kerjaya saya. In sha Allah.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: