Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, January 21, 2013

My Life & My Health

Assalammualaikum sahabat semua. 

Sejak dua menjak ni, saya sering rasa tak sedap badan. Tak tahulah kenapa. Semalam saya menghadiri kelas. Ketika kelas petang tu dah terasa sakit kepala tapi senyapkan diri sahaja. Buat macam tak ada apa-apa. Sebab ni first time drive dengan seorang akak ni untuk pergi ke kelas. Selalu tumpang orang sahaja. Takut nanti bila bagi tahu dia risau pula. Tapi seriously masa tu rasa sikit-sikit sahaja. Balik dari kelas tu, masih boleh drive sampai rumah.

Bila sampai sahaja di rumah, kepala saya tak tahu nak kata sakitnya. Rasa macam nak pecah pun ada. Berdenyut-denyut sekuat rasa. Bila tersedar dari tidur tengah malam tu, still berdenyut lagi. 

Alhamdulillah pagi tadi, masih bernyawa dan sakit kepala tu sudah hilang. Tapi sekarang di ofis ia datang kembali. Terasa macam nak muntah, sakit kepala. Ya Allah, nak kata keracunan makanan. Rasanya tak ada pula makan makanan yang salah semalam. 

Saya ingat nak pergi buat medical check up la. Harap-harap tak ada apa-apa. Sebab sekarang ini, memang selalu sangat rasa sakit kepala. Hopefully hanya sakit kepala biasa mungkin fikirkan tentang study or kerja. Bukan sebab masalah yang lain. In sha Allah.

Mohon doa dari sahabat-sahabat blogger semua. 

Keindahan alam itu hanya bisa dilihat sekali cuma.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: