Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, March 7, 2013

Hidup Untuk Belajar

Hidup untuk belajar. Belajar untuk hidup. Begitulah kita sebagai manusia.

Seronok bila sibuk. Tapi rasa macam tak menang tangan untuk menguruskan hal kerja dan hal belajar dalam satu masa. Itulah cabaran paling besar bila kerja sambil belajar. Masam manis kerja, suka duka belajar. Manis bila di kenang, perit bila di rasa. Itulah dia kehidupan.

Dalam mengejar cita-cita, kita harus berkorban. Korban masa, korbankan rehat, korban bermain, korbankan masa menonton televisyen dan korban segala-galanyalah. Kadang-kadang menangis juga sebab dah tak tahan untuk hadapi semuanya. Tapi selalu ingatkan diri, 

Ini proses pembelajaran. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Pahit dan manis itulah yang akan mengindahkan perjalanan kehidupan kita.



Minggu lepas sibuk dengan menyiapkan assignment macromedia dan assignment communication skill. Dalam masa yang sama, di pejabat sibuk menguruskan Seminar Jati Diri Melalui Persilatan Melayu yang akan dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Macam-macam kena layan kerenah bos dan pegawai. Sampai membuatkan air mata mengalir sebab dah tak tahan sangat. :)

Selepas program seminar itu, saya sibuk dengan Karnival Sukan Staff 2013 pula. Ahak3. Saya masuk perarakan rumah sukan dan menjadi pasukan sorak jer. Hehe. Seronok rasanya bila sekali sekala buat aktiviti luar macam ini, melibatkan semua staff dan jabatan. Badan berpeluh, otak cerdas, badan cergas, jumpa kenalan baru. Walaupun lain-lain ptj tapi ada juga yang tak pernah jumpa dan tak kenal. Masa ni lah nak berkenalan dan merapatkan ukhawah.

Dalam masa yang sama, saya dan sahabat pejabat sibuk dengan Persidangan Pebangsaan Badan Berkanun yang dianjurkan oleh CUEPACS dan GAKUM yang baru jer tamat hari ini di INTEKMA Resort. Saya turut terlibat dan menyiapkan montaj dan persiapan untuk majlis perasmian.

Dan alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Ramai yang memuji persiapan lagu, background sound and montaj berjalan dengan lancar dan bagusnya. Pada majlis perasmian itu, Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara hadir merasmikan persidangan ini. Oh masa persidangan itu saya glamour la sikit. Hihihi. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar. Banayak ragam yang saya lihat. Ramai kenalan yang saya jumpa. Yang saya dengar nama sahaja, tapi masa hari itu saya dah kenal siapa dia. 

Haa lupa satu lagi, saya kenal dengan seorang staf UTM Skudai. Dia bahasakan diri dia abang. Kalau tidak saya panggil dia encik jer. Dia dah bahasakan abang, so saya panggillah dia abang. Saya pun tak tahu apa nama abang ni. Saya dengar kawan-kawan kat sana panggil dia "Arab". Kami bergabung masa upacara perasmian ni lah. 

Ok dengan bangganya saya nak bagi tahu, 'Mouse laptop abang tu ada pada saya'. Tak sempat nak pulangkan balik. "Oh abang arab. Maafkan saya, bukan sengaja tapi secara tidak sengaja."

Dengan itu,
Saya TERPAKSA cari abang arab ni kat laman web UTM Skudai untuk mendapatkan alamatnya. Oh apakah ini semua. Hadoi!! Kenapalah leh jadi camni. Huhuhu. ^^, "Abang Arab tunggu yer mouse laptop abang akan saya pulangkan." @_@

Dan akhir sekali, Baucer Buku saya dah ambil. Lai lai lai. Seronoknya. Lepas ini dak boleh shopping barang laptop dan keperluan belajar. Buku juga tidak ketinggalan. Ahaks3. :p

Sekarang ini, masa untuk siapkan assignment yang berbaki untuk di submit pada 17 Mac ini. Hihi. Semoga tidak malas. 

Go go go cayok Cik Nurkasih Atieqah. You can do it! In sha Allah.



Bingkisan Rindu,
-Nurkasih Atieqah-

2 comments:

Que Anez Que Aziz said...

Dear Iqa,
kita semua lalui perkara yg sama sekarang. Sibuk dgn hal diri sndiri dan pelajaran. Que pon doakan moga segalanya sukses utk kita semua. Sukses masa kini dan kedepannya. Ameen. =)

Nurkasih Atieqah said...

In sha Allah. Tq my dear sister. :)