Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, April 14, 2013

Aku Dan Rasa

Final exam sudah menutup tirai. Tapi hati ku masih di situ. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin ada perkara yang tertinggal. Mungkin juga rasa. Mungkin juga minda. Dan tak mustahil juga tanda soal yang besar. Sukar ditafsir. Lagi banyak ia dapat dihabiskan, lagi blank minda ku. Aku pun tidak mengerti. Teman kata, "Tiqah kan dah usaha. In sha Allah boleh. Banyakkan doa. Allah akan ada bersama kita." Kakak kata, "Mungkin Iqa tak boleh baca banyak sangat. Nanti terus otak tu jadi blank."

Ku biarkan ia bermain di fikiran dan sentiasa berbisik sepi di tepian bibirku. Hermm tak tahu nak kata apa, in sha Allah ada hikmah disebaliknya. Banyakkan berdoa. Moga tiada yang perlu diulang untuk sem depan. Doakan untuk saya.

Sejak habis exam, fikiran diganggu dengan persoalan kasih dan sayang. Aku cuba mengerti dan menimbal balik apa yang aku perlukan. Kasih sayang yang dah lama wujud tapi mungkin belum disemai dengan sebaiknya.

Aku kian mengerti erti kasih sayang itu sejak aku menerima berita pemergian ayah seorang akak pejabat. Aku dan rakan-rakan pergi melawat. Aku terkesima sebenarnya. Baru semalam akak itu menceritakan tentang ayahnya pada ku. Dan keesokannya dapat berita yang ayahnya telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Innalillahhiwainnalillahirajiun. 

Ketika melawat ayah akak itu, banyak yang dikongsi bersama. Aku mendengar dan sambil tu ia terus meresap dalam sanubari ku. Meresap sedalam dalamnya. Dan tanpa aku sedari, aku berazam nak sayang ibu dan abah ku dengan sepenuh hati. Nak rasa kasih sayang mereka selagi hayat ada. Nak rasa cinta dan sayang ibu abah sebelum aku mendirikan rumah tangga. Ya Allah, semoga aku sempat merasa semua itu dari kedua ibu abah ku.

Seriously, aku bukanlah seorang insan yang terlalu baik untuk keluarga ku. Untuk ibu abah ku, untuk adik-adik ku. Tapi sekarang, aku ingin jadi yang terbaik buat mereka. Aku sayang mereka. Moga masih ada waktu untuk semua itu. Aku nak kasih sayang mereka. Jadi aku nak beri kasih sayang ku juga pada mereka. "Ayong sayang ibu. Ayong sayang abah. Ayong sayang adik-adik semua. Jangan tinggalkan ayong, tanpa kasih sayang kalian yer."

Bila kata soal jodoh, aku masih terasa takut untuk terima semua itu. Aku takut, aku tak mampu untuk terima sesuatu yang bukan untuk ku. Mungkinkah aku boleh pasrah jika apa yang kita impikan tidak menjadi milik kita. 

Aku bukan muda lagi untuk tidak memikirkan soal itu. Aku boleh melihat reaksi ibu dan abah ketika melihat anak kawan-kawan mereka dah berumah tangga. Kadang-kadang dalam bicara mereka. Aku mengerti semua itu. Tapi aku takut. Sekarang aku masih bekerja sambil belajar. Kadang-kadang diri sendiri pun sukar di urus. Pagi kerja. Malam di library. Tengah malam dimeja study. Jika di fikirkan kembali, aku memang tidak mampu untuk menjaga seorang suami pada masa ini. Aku tahu ibu abah memahami aku walaupun di hati mereka sangat inginkan melihat aku berumah tangga. 

"Ibu, abah in sha Allah. Jika tepat masa dan waktunya. Pasti Ayong akan kahwin juga. Ibu abah tak perlu risau yer."


Cuti sem ni banyak aku dah rangka dalam fikiran. Aku nak gotong royong cuci rumah. Bawa adik jalan naik komuter. Ajak family pergi jalan-jalan. Dekat pun tak mengapa. Asalkan dapat spend masa dengan mereka. Sementara ada waktu cuti ini, saya nak manfaatkan dengan sebaik-baiknya. In sha Allah.

Akhir kata, doakan yang terbaik untuk saya. Moga Allah merahmati sahabat-sahabat semua. Saya tahu, blog saya ada yang menjadi pembaca dalam rahsia. Mereka kenal saya cuma saya tak kenal mereka. Terima kasih kerana sudi membaca blog yang entah apa-apa ini. Terima kasih sekali lagi. Moga betemu di lain post. Assalamualaikum.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: Saya sayang family saya. Anda bagaimana?

No comments: