Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, May 15, 2013

Secebis Rasa

Angin sepoi-sepoi bahasa. Deruan aircond di pejabat membuatkan ku terasa dingin. Alunan nasyid di corong  playlist menemani ku hari ini du pejabat. Hari ini aku nekad untuk membuat satu post di blog ini.

Entah mengapa, sejak habis final exam sem 4 sifat ghairah untuk mengupdate semakin merundum. Aku pun kurang pasti mengapa. Bila dah sign in jer, pasti ada benda lain yang akan perlu ku lakukan. Dan akhirnya blog ini dibiarkan sepi tanpa bicara. Sepi tanpa berita dari ku. 

Alhamdulillah, baru-baru ini result final exam sudah keluar. Alhamdulillah semuanya mencapai target yang telah ku buat untuk semester ini. Perangsang untuk meneruskan pembelajaran sem 5 nanti. InshaAllah. Moga Allah berikan kekuatan dan kemudahan buat diri.

Sekarang sibuk mengemas kini sistem failing di ofis. Bayak memo-memo dan surat-surat yang diberikan oleh pegawai selepas dia mengemas biliknya. Adoi setimbun kot. Kalau ikut aku nak tereban jer semua. Hahahaha. Tapi apakan daya tugasan tetap perlu dilaksanakan. =p 

Ok sekarang ni dengan bangganya saya nak umumkan bahawasanya "SAYA DAH TEMBAM MACAM ZAMAN SEKOLAH MENENGAH DULU". Hahahaha. 

Ada akak ofis kata "Orang tengah bahagia dengan ***** macam tu lar." 

Ibu kata, "Biasalah peningkatan umur macam tulah." 

Adik kata, "Ko memang Yong, kalau dapat makan tak ingat dunia." 

Besfriend pula kata, "Biasalah tu orang tengah bahagia kan." 

Macam-macam spekulasi mereka buat. Ahaks3. =p 

Bagi ku, semua ini disebabkan diri ini tengah bersenang lenang sebelum nak masuk semester baru. Nanti kalau dah masuk sem baru, gerenti punya waktu makan entah kemana. Waktu rehat dan tidur pun entah ke mana. Hee~~ :D

Nak kata sedang bahagia pun ada juga. Hehehe. InshaAllah perancangan itu ada. Tapi sebaik-baik perancangan adalah dari Allah yang Maha Kuasa. =)


Ok lah nak rehat sebentar sebelum tamat waktu rehat jam 2.00 petang nanti. InshaAllah nanti saya update lagi. Assalamualaikum. =)


Bingkisan Nuraniku,
-Nur Iman-

No comments: