Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, June 7, 2013

DUGAAN itu REMINDER

Setiap dugaan yang menimpa manusia, semuanya ujian dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan. DUGAAN adalah sebuah REMINDER buat hamba-hambanya. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah menilai diri kita atas dosa apa yang telah kita lakukan. Bersegeralah bertaubat dan mendekatkan diri kita kepada Allah. InshaAllah dengan mendekatkan diri kita kepada Nya pasti akan ada jalan penyelesaian.

Kita tak boleh kata "Mungkin ini takdir ku yang telah Allah berikan buat aku." Ini seolah-olah seperti kita menuduh Allah. Sedangkan kita yang tak berusaha untuk memperbaiki hidup kita. Apa yang kita ada hari ini, 

Kita kan masih mampu untuk bernafas?
Masih boleh menghirup udara lagi bukan?
Masih boleh melihat keindahan alamkan?
Kita masih boleh mendengar suara orang di sekeliling kita kan?

Ya Allah, betapa kita tidak tahu untuk bersyukur dengan anugerah yang telah Allah kurniakan buat kita sebagai hamba Nya. 

Kadang-kadang ujian itu memang perit untuk kita tempuhinya. Kadang-kadang hingga menitis air mata ke pipi kerana tidak bertahan dengan ujian yang hanya sedikit cuma Allah berikan. Tapi tidak sedarkah kita bahawa, masih banyak orang dan insan yang lebih teruk dari kita yang Allah uji. Tapi mereka masih bertahan. Mereka cekal dan tabah dalam menghadapinya. 


Segeralah mendekatkan diri kepada Nya. InshaAllah, Allah akan ada bersama insan yang sentiasa memohon pertolongan Nya. Semoga kita semua tabah dalam mengharungi dugaan ini. InsahAllah.

Pesanan buat diri ini juga yang lemah lagi hina. Sama-sama kita muhasabah diri. InshaAllah. Yang baik itu perlukan banyak pengorbanan dan sukar untuk kita kecapinya, tapi pengakhiranya pasti manis. Itu janji Allah sudah pasti. =)


Salam Perjuangan,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: