Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, June 9, 2013

Selamat Hari Lahir

30 Rejab 1434H bersamaan 9 Jun 2013.
Hari terakhir di bulan Rejab.

InshaAllah, lagi 30 hari tibanya Ramadhan. InshaAllah. Moga kita semua di berikan umur yang panjang dan diberkati untuk melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah itu. InshaAllah. 

Hari ini juga, alhamdulillah meningkat satu lagi angka umur ku. Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk menikmati keindahan dunia ini. Dengan meningkatnya umurku, maka bertambah dekat juga dengan kematian. Sama-sama doakan supaya kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat kasih Illahi. InshaAllah. 


Hasbunallah wani'mal wakil. Ni'mal maula wani'mal nasir. Wahdina ila syirathil mustaqim. Cukuplah Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung.Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Amin ya Rabb.


Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: