Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, July 28, 2013

BERSEDIAKAH untuk BERKAHWIN ???

TAZKIRAH PAGI (Untuk anak muda)
dari Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour

Pernah suatu ketika, ustaz ditanya oleh seorang anak muda ;

"Ustaz, saya nak kahwin tapi mak ayah tak benarkan lagi, kenapa?
Saya dah besar"

Jawapan ustaz mudah;

"Benar, kita dah besar, dah dewasa tapi itu dimata kita. Di mata mak ayah mungkin belum lagi. Kena ingat, orang yg paling mengenali kita luar dalam adalah mak ayah kita. Mereka tak bagi tu bukan kerana depa tak bagi langsung tapi depa tak percaya lagi yang kita ni nak kahwin, depa tak dapat lagi kepercayaan daripada kita yang kita ni nak jadi ketua keluarga. Kepercayaan yang mcm mana?

Kalau kita ni pun jenis bangun pagi pun lambat, solat pun hujung-hujung waktu, takkan la mak ayah senang2 nak kahwinkan kita dengan anak orang. Tujuan nak kahwinkan tu untuk bimbing anak orang tapi kalau bangkit pagi pun nak dekat tengahari, camtu ka nak jadi ketua keluarga?

Bakti dengan keluarga pun kena kira juga. Mak ayah kadang-kadang belum rasa puas lagi anak tu berbakti dengan dia tapi anak tu dah sibuk nak berbakti dengan bakal suami dia. Kerja-kerja rumah, mengemas, memasak, mak tak dan lagi nak rasa air tangan anak tu, camna dia nak percaya anak dia tu nanti nak berbakti dgn suami dia nanti?

Kesimpulannya mudah;

Tunjukkan kesungguhan kita pada mak ayah dan buktikan pada mereka yang kita benar-benar dah bersedia fizikal dan mental, rohani dan jasmani dalam pada kita nak bina keluarga kita sendiri. Selain itu, kriteria lain yang diperlukan adalah;


*Matang dalam membuat keputusan
*Bijak kawal ego & emosi
*Mengambil berat tentang ahli keluarga
*Ilmu agama yang cukup
*Bersifat kepimpinan

p/s: inshaAllah sedang memperbaiki diri sebelum bercita-cita untuk menjadi isteri bagi seorang suami.

9 comments:

Pisyek Kumar said...

Hurm... kite rasa kite kecik lagi tapi bapak kite suruh kawen cepat cepat.

hurm...

Nurkasih Atieqah said...

Herm. Encik Pisyek tu tandanya awak dah besar. Cuma awak jer yg rasa awak kecik.

Aku Penghibur said...

banyk pekara perlu di lakukan.. nk bls jasa mereka dulu ..

Nurkasih Atieqah said...

Betul tu. Sokong.

ziha said...

erm nk kwen kena buat byk persediaan.stabil segalanya..kena berfikiran matang n macam2 lg lah..hehe

Nurkasih Atieqah said...

betul betul betul. sokong kak ziha. hehe. bila difikirkan balik, memang sangat mencabar bila nak masuk ke alam yang baru. =)

Wak John said...

nice hehe
--->>http://mesrailmu.blogspot.com/

ariff al-baqi said...

hehe..

Nurkasih Atieqah said...

Wak John: thanks. also credit tu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour. =)

Ariff: hehehe. gelak jer yer. =p