Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, January 24, 2014

I M P I A N


Bila berbicara mengenai IMPIAN, semua orang pasti ada impian sendiri. Begitu juga saya, ada impian dan harapan. Mungkin juga ramai yang memiliki impian seperti saya. Jom sama-sama kita lihat apa impian kita bersama. Eh impian kita bersama? Hik3. =p 

1. PENDIDIKAN
Alhamdulillah, saya sudah masuk ke semester ke 6 dari 8 semester untuk habiskan pengajian saya dalam bidang Diploma Pengurusan Maklumat. InshaaAllah tahun depan dalam bulan 4 tamat sudah pengajian diploma saya. InshaaAllah. Pendidikan amat penting bagi membolehkan kita untuk memegang jawatan yang lebih tinggi. Ini penting kerana pada masa kini, taraf hidup penduduk Malaysia sangat-sangat tinggi. Eh dah macam ahli politik pula kan? Hehehe. =D

2. KERETA
Pasti semua orang inginkan kereta bukan? Saya juga begitu. Lebih-lebih lagi yang dah kerja dan sambil tu buat pembelajaran separuh masa macam diri ini. Perlu berulang alik dari rumah ke kelas setiap Ahad dua kali sebulan. Memang sukar kalau tiada kenderaan memandangkan kelas saya di Puncak Perdana. Susah ingin mendapatkan kemudahan awam. =D

3. RUMAH
Haa bila cakap pasal rumah ni pasti ramai yang ingin memilikinya bukan. Rumah adalah satu keperluan hidup bagi setiap manusia. Takkan kita nak sewa memanjang hingga tua kan? Pasti kita ada rasa untuk membelinya bagi kepentingan masa hadapan. InshaaAllah, dalam perancangan untuk memiliki rumah sendiri. Tapi tak tahu bila. Doa-doakan saya yer. =)

4. KAHWIN DAN KELUARGA
Tipulah kalau kata kita tak ada rasa untuk berkahwin dan mempunyai keluarga. Sekeras-keras mana perempuan pun masih ada sedikit di hati mereka untuk memiliki rumah tangga sendiri. InshaaAllah, kalau ada rezeki pasti kita bertemu jodoh. Kalau bukan di dunia, inshaaAllah Allah janjikan di akhirat. Perancangan untuk berumah tangga itu munggin selepas habis belajar. InshaaAllah. Kalau ada jodoh tak kemana. Doakan dan tawakal kepada Allah itulah kuncinya. 

Itu sahaja impian saya selain berusaha untuk menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah. InshaaAllah, jika kita usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Allah pasti membantu hambanya.


Impian dan Harapan,
-Nurkasih Atieqah-
24 Januari 2014

No comments: