Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, January 22, 2014

J A U H


Malam yang hening
Aku terasa sangat jauh
Jauh yang teramat jauh
Dari sesuatu yang selama ini ku genggam
Kini ini berderai menjadi abu
Entah mengapa aku jadi begini
Perjalanan terganggu dek ranting di jalanan
Aku terberhenti seketika
Ingatkan hanya seketika
Tapi lama aku di situ
Tanpa sedar aku mengelamun indah 
Aku di ulit mimpi dinginnya hembusan angin
Dan kini jauh semakin jauh 
Ku tersedar kembali
Moga dapat diteruskan perjalanan
Perjalanan yang masih panjang
Dihuni oleh pelbagai rajau duri
Moga kekuatan sentiasa menyelubungi
Moga istiqamah sentiasa di hati
Moga yang dekat makin jauh
Dan yang jauh itu makin dekat
InshaaAllah


Salam Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-
930PM

No comments: