Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, January 16, 2014

K E M B A L I


Aku di sini kembali menulis
Aku di sini kembali berkarya
Maaf jika selama ini 
Ku tutup pintu blog ini untuk tatapan 
Bukan sengaja
Tetapi kerana kebisuan dalam bermadah
Sepi dalam idea
Buntu dalam berkarya
Kini aku mengorak langkah untuk kembali
Ku tutup segala macam akaun mukabuku
Ku buka instagram sebagai pengganti
Ku ukir diari di twitter
Hanya itu yang bisa ku lakukan 
Moga segalanya pasti terubat 

Aku di sini masih terus melangkah
Dalam membentuk perjalanan kehidupan ku
Tiada apa yang boleh membahagiakan
Hanya impian sendiri dan imipian ibuabah
Aku kembali sendiri
Berjuang dalam mencapai segulung diploma
Melupakan keinginan hati buat sementara
Tapi masih ada perancangan yang lain di masa hadapan
Mungkin bukan dia tapi kamu
Kamu yang aku tidak ketahui siapa
Aku hanya mampu berserah pada Mu 

Tahun baru aku mulakan
Dengan hasrat dan impian yang baru
Mungkin boleh dikecapi 
Mungkin hanya akan berlalu 
Tapi langkahnya aku telah mula
InshaaAllah segala impian akan aku penuhi
Walaupun lambat 
Tapi yang pasti aku akan dapatkan
Untuk penuhi segala impian dalam hidupku


Salam Rindu dan Sayang,
-Nurkasih Atieqah-
16 Januari 2014
1005AM

No comments: