Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, January 31, 2014

Kali Pertama

Kali Pertama.
Dah macam apa jer kan? Hehe. Nak kongsi sedikit tentang pengalaman kali pertama saya. Semuanya berkaitan tentang Kali Pertama, First Time ataupun dalam bahasa Koreanya Cheoeum-Eulo. 


Kali Pertama Pergi Shah Alam Memandu Sendiri.
Itulah kali pergi Shah Alam sendirian dan memandu sendirian. Alhamdulillah, masa pergi tu ikut akak satu kelas untuk siapkan assignment group di Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor atau dikenali sebagai PPAS.

Kali Pertama Lihat dan Masuk Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
PPAS kali pertama masuk ke sana. Wah sangat-sangat cantik pemandangannya. Sangat-sangat eksklusif cara pihak perpustakaan nak tarik minat orang untuk datang ke perpustakaan. Saya sangat tertarik dengan zon kreatif ataupun juga zon kanak-kanak. Di PPAS ada 4 zon kesemuanya. Zon Kreatif, Zon Remaja, Zon Dewasa, dan Zon Rujukan. Kalau yang belum pergi bolehlah berkunjung ke sana. Sebab di sana ada pelbagai jenis buku selain ada kafateria di belakang bangunan. =)

Kali Pertama Merayap Sorang-Sorang di Shah Alam.
Haa yang ini memang sangat-sangat tidak percaya. Yerla dah lar kali pertama pergi Shah Alam sendiri. Lepas tu tiada GPS pun. Tapi ada hati nak pergi rumah kakak asrama di Seksyen 30. Lepastu tersalah masuk lorong pula. Orang suruh terus Saya termasuk lorong ke Putrajaya, Kuala Lumpur. Lepas tu gelabah sendiri dalam kereta. HAHAHA. Memang rasa masa tu hanya Allah jer yang tahu. 

Dalam mata sibuk melilau mencari signboard mencari jalan, tiba-tiba atas jalan raya tu tayar lori tergolek dari kanan ke kiri jalan. Masa tu dah lar kereta saya yang depan sekali. Haa tak cuak ke macam tu. Bila tengok kanan dah ada kereta honda yang kemek teruk kene dengan tayar tu. Tapi lori tu selamba jer jalan. Agaknya dia tak perasan kot tayar simpanan lori dia tertanggal. Huh! memmang seram masa tu. berdebo rasa jantung. Rasa macam nak tercabut dah. Kalaulah terkena pada diri sendiri. Tak ke leh nangis tengah-tengah jalan beso tu. Hehe. =p 

Alhamdulillah akhirnya selepas tiga empat kali pusing di tempat yang sama. Mengambil masa dalam dua jam jugalah dan bantuan encik-encik tepi jalan akhirnya jumpa juga Jalan Tanjung Agas, Lorong Rabingan, Seksyen 30. Alhamdulillah, hampir 9 tahun tak jumpa kak Syim. Sekarang dah berkeluarga dan ada anak 3 dah. Hehe. Seronok sangat dapat jumpa kakak asrama. InshaaAllah kalau ada rezeki lagi kita jumpa lagi yer. =)


Itulah kisah Kali Pertama yang berlaku pada 25 Januari 2014 yang ingin saya coretkan di blog kesayangan ini. Moga selepas ini saya diberi peluang untuk jalan-jalan seperti ini pula. InshaaAllah. =)


Salam Kali Pertama,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: