Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, August 31, 2014

31 Ogos 2014

First of all nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Semoga neraga kita akan sentiasa aman dan makmur di bawah lembayung rahmat kasih Illahi. Jom sama-sama kita doakan buat negara tercinta kita Malaysia. :)


Secondly, nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 25 buat Ibu Abah ku. 31 Ogos 1989 telah termeterai dua cinta antara mereka. Dan hingga kini lahirlah kami adik beradik. 6 perempuan, 2 lelaki. Alhamdulillah rezeki.

Bak kata ibu abah,
Ibu Abah dah boleh timang cucu sendiri dah.


Tiqah gelak jer lar. Nak cakap apa. InshaaAllah kalau jodoh akan bertemu jua suatu hari nanti. Cuma lambat dan cepat jer kita tak tahu.

Tiqah tahu perasaan dorang macam mana. Lebih-lebih lagi sepupu-sepupu yang sebaya Tiqah semua dah kahwin. Hehe. Maafkan anak mu ini. Bukan tak nak kahwin tapi mungkin belum masanya. :)

Alhamdulillah, kagum dengan ibu abah yang boleh membesarkan kami 8 beradik. Dan semuanya alhamdulillah ada rezeki masuk universiti. Alhamdulillah. Semoga kami adik beradik dapat membalas jasa mereka berdua. InshaaAllah. :)


Esok adalah hari yang paling sibuk buat kami sekeluarga. Ibu, abah, Ahmad dan adik akan hantar Amni untuk pendaftaran di UM. Dan Tiqah, Angah, Uda nak hantar Nurhadi balik asrama MRSM Pasir Salak sambil tu jenguk Anas di MRSM Parit. Dia tak balik sebab ada program asrama. Doakan perjalanan kami sekelurga selamat pergi dan selamat pulang. Dan dimudahkan segala urusan kami esok hari. 

No comments: