Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, August 28, 2014

J O O M L A

J O O M L A satu benda yang dari dulu memang Tiqah tak suka. Sebabnya dia sangat susah untuk di kendalikan. Tapi hingga sekarang pegawai nampak Tiqah jer yang macam power puff girl sikit bab-bab IT ni. Yerla kalau dekat pejabat ni 

mesin fotostat rosak ngadu dekat Iqa
komputer rosak mengadu dekat Iqa
print tak jalan mengadu dekat Iqa
scan tak boleh mengadu dekat Iqa
word tak reti pun tanya Iqa

sampaikan

aircond rosak pun cakap dekat Iqa juga
pintu tak boleh buka pun cakap dekat Iqa
telefon rosak Iqa juga

Semua Iqa Iqa Iqa and Iqa. Berapa banyak Iqa pun tak tahu lar. Hehehe. Glamour I u alls. Hik3. :p  Eh berbalik semula pada isu Joomla tu. Ha ada juga orang tak tahu Joomla tu benda apa kan? Haa kalau nak tahu Joomla tu adalah sebuah laman website. Dia macam blog dan wordpress juga. Tapi yang ni dia guna PHP coding bukan HTML. Susah sikit nak kendali dia.


Kalau nak tahu dari minggu lepas update laman web ni. Dan akhirnya hari ni jumpa juga jalan penyelesaian. Dah ramai kawan-kawan Tiqah tanya. Dan akhirnya kawan Tiqah yang dekat BSM bahagian IT boleh buat. Nama dia Abul. Tiqah ada tanya juga kawan di bahagian ICT tapi dorang pun tak jumpa. Agaknya dorang sibuk tak boleh nak tolong gode kan apa yang salah. Apa-apa pun nak ucap terima kasih sangat pada Abul, Que, Kak Zack. Hafres, Kak Eli dan kawan-kawan lain yang turut memberi sumbangan. Hehe. Dan terima kasih buat kakak-kakak office sebab sudi dengar rintihan dan teriakan gembira Iqa bila dah jadi. Hehe. Adik mu dorang ni memang macam ni. Bising sikit. Tapi hati baik(sambil tu buat tangan di dada kepala teleng tepi). Hehe.

Haa lupa pula kalau ada pembaca-pembaca nak tengok laman web pejabat Tiqah. InshaaAllah nanti kalau ada masa Tiqah update tentang laman web pejabat Tiqah pula. InshaaAllah siap link sekali. Sekarang ni masih biasa-biasa sahaja. Almaklumlar masih newbie dalam pengurusan Joomla ni. :D

No comments: