Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, September 18, 2014

That Day!

Alhamdulillah, pada 14 September 2014(Ahad) adalah hari yang dinanti, hari yang di tuggu itu tiba dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Hari yang terakhir untuk kelas semester 7
Hari yang terakhir untuk menghantar segala assignment yang bertimbun
Hari yang ada test cataloging tiba-tiba tanpa ketahuan

Semuanya adalah hari yang terakhir. Alhamdulillah. Berkampung di rumah kak yuni. Selama 3 hari2 malam di seksyen 7. Macam-macam memori terbina. Buat assignment sampai jam 2 pagi. Malam kedua ada kak ayu. Masing-masing berjemaah untuk mata panda kelas Ahad tu. Masing-masing siapkan assignment. Kak yuni malam tu hanya tidur sejam. Kak ayu, kejap-kejap tidur. Kesian kak ayu dia senggugut. So nak buat assignment pun tak selesa. 

Memori yang paling tak boleh ingat adalah,

Tiqah makan banyak sangat hari tu
Petang makan nasi ayam
Malam jam 9 makan burger pulak
Jam 1 makan roti dengan air kopi and makan aiskrim kak ayu
Hehehe

Lepas tu, haa Tiqah asyik tersalah panggil nama dorg jer. Asyik tertukar jer. Nak panggil kak ayu terpanggil kak yuni. Nak panggil kak yuni terpanggil kak ayu. Kesian dorg. Kak ayu and kak yuni kata, Tiqah macam budak kecik. Lain sangat katanya dengan tengok dekat luar. Eh betul ke? Hehe. Budak kecik pun budak kecik lar. Dah memang kecik tak moo besar-besar dari dulu lagi. Hehe. :p

Last seminar dengan madam Mazlina dan sir KAA.

Kitaorang semua budak IMers 110 '11 dah nak final exam. Doakan kami semua. Paper paling killer semester ni adalah subjek cataloging. Huhuhu. InshaaAllah Jumaat ni kalau ada rezeki boleh lar join study dengan PM Hammy. Lecturer yang ketua kelas kami request untuk belajar dengan dia. InshaaAllah mungkin dengan dia, kami semua boleh faham lagi. InshaaAllah. Doakan kami semua yer. Doakan kami dapat lalui dengan penuh ketabahan dan kejayaan. :)

No comments: