Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, October 26, 2014

Maaf Jika Aku Tidak Sempurna

Menggapai bintang di langit
Membawa aku terus melakar kisahnya
Segalanya di hadapi bersama-sama
Untaian bunga di olah seindah rasa
Membawa keindahan itu bersama
Aku lupa ada sepasang mata
Yang dalam diam memerhati
Sampai bila ia harus begitu
Aku lupa dan terus leka
Entah mengapa
Entah sampai bila
Aku harus begini
Melakar keindahan ciptaan duniaku
Maafkan aku jika aku tidak sempurna
Mungkin aku bukan sesempurna mereka
Tapi aku tidak berdaya
Maafkan aku
Aku tidak berdaya untuk menanggungnya sendiri 
Aku harus melepaskannya deminya
Mungkin kalau bukan di mula sekarang
Tapi bila lagi
Aku harus berjalan sendiri
Aku takut jika segala itu dinikmati
Ia akan meleyapkan kasih kita
Mungkin aku akan kehilangan selamanya
Aku takut itu semua berlaku
Aku rasa terhina jika bukan aku untuk mu
Maafkan aku
Kerana aku terpaksa
Mungkin janji itu adalah kali terakhir
Tapi aku takut itu adalah kali terakhir jua
Aku terkapai-kapai sendirian
Dengan senyuman ejekan mu
Maafkan aku
Aku tidak sanggup
Sebelum awan mendung kelabu
Harus aku melangkah pergi
Maaf jika aku tidak sempurna
Untuk mu yang begitu indah tanpa ku
Maafkan aku jika aku tidak sempurna
Andai benar keikhlasan itu
Jemputlah aku di suatu masa itu nanti
Di pintu mahligai kebahagiaan
Kebahagian dari segala sesuatu yang tiada halangan
Moga doa dan harapan ku ini
Bisa di fahami dengan hati yang terbuka
Maaf jika aku tidak sempurna

Nurkasih Atieqah
261020142222


No comments: