Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, February 13, 2015

12 FEBRUARI 2015 BELASUNGKAWA TG NIK AZIZ NIK MAT


Terhenti!
Di saat mata mula terbuka
Bertalu-talu pesanan masuk
Beritanya sampai di telinga ku
Bungkam!
Ada riak terkejut
Sayu menerjah diri
Walau tidak pernah bersua
Kisah hidupnya masih ku ikuti
Tiba-tiba jadi kaku
Sunyi dalam langkah
Rentaknya tanpa irama
Aku rasa seakan mimpi
Tapi benar beliau sudah pergi
Meninggalkan kita semua
Melihat perkhabaran dari rakyat seluruh Malaysia khasnya
Masing-masing terasa akan kehilangan
Semoga rohnya di cucuri rahmat Illahi
Bumi seakan meratapi pemergian nya
Seorang ulama' terkemuka
Yang penuh dengan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya

Terus aku terfikir
Masih ada lagikah insan seperti beliau?
Di bumi yang kian uzur ini
Bolehkah aku juga menjadi seperti beliau?
Yang sentiasa menjadikan Islam pegangan hidup
Allahu Rabbi
Mampukah aku
Semuanya berlegar pantas
Bagai litar pintas yang mengalir di fikiran 
Termenung aku sendiri sedalam-dalamnya
Menginsafi diri yang makin lalai
Di bumi yang ku cipta sendiri kisahnya
Moga kisah hidupnya menjadi ikutan buat kita semua

Al-Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 

Nurkasih Atieqah
Institut Peradaban Melayu 
13022015 : 1140

No comments: