Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, February 24, 2015

6 TAHUN BERSAMA IPM



Institut Peradaban Melayu (IPM). Dari di Blok C hinggalah berpindah ke bangunan SKTM ini. Dari pengarahnya Prof. Emeritus Abdullah Hassan(2009-2010) - Dr. Hj. Idris Radzi(2010-2011) - Tan Sri Dr. Nordin Kardi(2011) - Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar(2011-2014) hinggalah ke PM Dato' Paduka Mohd Rosli Saludin. Setiap pengarah ada cara tersendiri.

Tahun ke tujuh di sini. Banyak sangat memori suka duka bersama. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula-mula kerja dan mencari pengalaman tentang liku-liku kehidupan kerja dan manusia. Pasti segala kenangan akan disimpan. Pasti Rindu!

Tipulah kalau kata tak takut nak pindah jabatan lain. Takut, cuak, gelabah, sedih, migrain, kuat makan semua ada. Cuma kopi saja dikurangkan sedikit, dikawal kerana cuaca agak panas sekarang ni. Takut ada effect lain pula. Tapi makan memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang jam 11 malam, rasa lapar. Boleh panaskan nasi masak ikan goreng. Makan dan lepas tu releks-releks kejap and tidur. Hahaha. Anak dara jenis apa ni? Tak tahulah. :p

Masih terpahat di ingatan, masa mula-mula dulu masuk kerja gara-gara mesin fotostart kene marah dengan pegawai. Ha ha ha. Maaf, itu adalah memori kene marah. Belum memori baca buku akta sampai tak nak balik. Macam faham kan? :p

Dari hari Isnin, rasa sayu menyelubungi diri. Pengarah pula merajuk. Nak tolong dia buatkan kopi pun dia tak nak. Pelawa kerepek ubi pun dia tak sudi nak makan. Hu hu hu. :'( Tak apalah rajuk dia hanya seketika sahaja. Nanti pengganti saya, pasti akan lebih baik. :)

Barang dah packing sikit-sikit. Angkat segala anak patung dekat meja semua. Simpan keychain, frame dan akuarium kecil dalam kotak. Hehe. Adik paling kecil di pejabatkan. So memang banyak barang mainan!  Huh!

No comments: