Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, February 12, 2015

DUGAAN P.J.J

Bukan namanya percintaan tanpa dugaan
Terutama namanya percintaan jarak jauh
Satu persatu datang menyinggah
Menguji kesetiaan masing-masing
Di kejauhan mereka berinteraksi
Bertemu hanya beberapa ketika
Adakalanya manis bagaikan madu
Adakalanya masin macam garam
Adakalanya masam macam mempelam muda
Adakalanya pahit bagai hempedu
Ya itulah namanya cinta
Tipulah kalau tak rasa semua tu!

Bila berjauhan keikhlasan di uji
Bila sendirian kesetiaan di nilai
Bila kesibukan menyinggah seorang di biar sendiri
Benarkan 24 jam 1 hari pun tiada masa
Walau hanya satu ayat "Jaga diri"
Benarkah setia atau mendua di sana?
Atau sudah ada yang lain? 
Segala mula terfikir

Atau mungkin takut kehilangan
Mungkin...
Sayang menyayang antara dua insan
Yang benar dan ikhlas menyayangi
Membuat hati saling tertaut
Bila masalah menyinggah
Pasti akan ada yang terasa

Benar dugaan kali ini
Sangat menguji dan sangat berat
Kesetiaan seseorang di sisi
Andai salah, terputuslah ia
Mungkin segalanya akan berubah
Tapi selagi ia tiada bukti
Masih setia disisi
Ingin apa mahu apa
Segalanya boleh dihubugi jika perlu

Dugaan kali ini memang sangat menguji 
Sakitnya tuh di sini di dalam hati
Benar sangkaan
Orang lain boleh melihat
Inikan yang bernama sayang 
Mendalam dalam terdalam
Biar ia selesai dahulu
Baru akan ku luah segala
Membiarkan kerunsinganya berakhir
Tidak mampu untuk membuatnya risau lagi
Melihatnya sekarang 
Sudah cukup mencipta kebimbangan
Pintanya doa kekuatan kepada ujian
Kerana rasa sudah tidak kuat untuk hadapi
Semoga dipermudahkan segalanya


Nurkasih Atieqah
12022015 : 1303

No comments: