Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, February 3, 2015

Januari Berlalu

Januari sudah berlalu. Kini sudah 3 hari di bulan Februari. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Januari. Dari sebagai seorang anak, pelajar, teman, kawan di pejabat dan juga sebagai kakitangan di sebuah universiti. Pelbagai memori telah tercipta.

Diawal tahun diri ini terlibat dengan Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir pada 1-4 Jan 2015. Aku terlibat dengan RESQ 2 TEAM UPSI. Kekuatan seramai lebih kurang 110 orang yang terdiri dari staf, pelajar, tukang masak dan group motocross dengan 8 buah kenderaan termasuk 2 bas, lori, hilux, pajero dan motocross. Perjalanan mengambil masa hampir 12 jam dari UPSI ke UiTM Machang. Perjalanan kami melalui jalan Genting Sempah - Bentong - Kuala Pilah - Gua Musang - Machang. Menetap di UiTM Machang. Pengalaman sukarelawan kali kedua yang agak berbeza dari yang pertama tahun lepas di Kuantan. Selama 4 hari di UiTM Machang, masalah air adalah keutamaannya. Hehe. Ada yang tak mandi 4 hari pun adoo. Kami yang staf ni siap guna air pili bomba untuk mandi. Haha. Nasib badan lar. :p Hari-hari makan nasi goreng sardin. Memang sebelum ni tal penah makan. Hehe. Hari ketiga sedap sikit sebab nasi goreng sardin di tambah kismis dan ikan bilis. Cukup sebagai alas perut untuk bekerja. Hari ketiga, ada seorang wakil dari pihak hospital borong makanan dari kedai-kedai di pasir puteh. Mana yang ada, kongsi sorang sikit. Hehe. Aku di ingat pelajar sentiasa. Pelajar pun panggil aku pelajar. Haish nasib badan lar kan. Hehe. Jika kita pergi dengan keikhlasan untuk membantu, inshaaAllah pasti kita akan rasa nikmat menjadi sukarelawan itu. Niat kerana Allah, bukan untuk mendapat populariti mahupun hanya pergi melancong tempat orang. Bila kita pergi sendiri, barulah kita tahu cerita mana yang benar mana yang tidak. WaaAllahua'lam. Jom menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir. Mungkin dengan bantuan kita yang sedikit itu dapat memberikan sedikit senyuman buat mereka. :)

Sekarang ini kami di UPSI kian giat mencari derma untuk pembinaan rumah sementara untuk mangsa banjir. Kalau sahabat-sahabat nak tahu bagaimana caranya, sahabat-sahabat boleh melihat di facebook saya Nur Atiqah. Segala maklumat berkaitan sumbangan derma anda boleh msg saya di facebook. Penderma-penderma juga layak untuk mendapat pelepasan cukai. Semoga dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit sinar harapan buat mangsa banjir untuk teruskan kehidupan mereka seperti biasa. InshaAllah.


24 Januari 2015, ibu, abah, mak ngah dan adik bongsu saya telah berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci. Pertama kali berpisah dengan mereka begitu lama. Hampir 12 hari. Kak yong ni tak pernah berpisah selama itu dengan ibu abah. Ngee~ Dari sekolah lagi. Duduk asrama pun sekejap sahaja. Lepas tu, bila dah kerja berpisah pun dalam setahun lebih jer tapi itu pun duduk dengan opah. Jadinya, abah pun selalu balik kampung untuk jumpa opah. Hehehe. Lepas tu, abah pindah dekat dengan rumah opah, So duduk dengan abah ibu lar kak yong ni. Kalau pergi outstation kerja pun lebih dari dua hari dah ingat rumah. Ingat ibu abah adik. Hehe. Apa nak jadi tak tahu dengan kak Ayong ni. Nampak jer garang tapi hati dia, lembut bagai kapas. Mudah keluar air mata, sensetif. Hehehe. MANJA! Lepas tu dia ni pendiam. :D

Bulan Januari di mulai dengan pengisian diari hidup membantu mangsa banjir di Kuala Krai. Daan setiap minggu terlalu sibuk dengan program pejabat. Boleh di katakan setiap minggu, keluar untuk penjualan buku-buku terbitan jabatan. Dan semestinya, saya adalah kamera women tidak bertauliah dilantik di pejabat. Hik3. Apa-apa pun saya suka. Asalkan saya dapat belajar benda yang baru. InshaAllah.

Dalam hidup ini, kita perlu belajar banyak perkara. Kadang-kadang sesuatu masalah yang datang itu, mengajar kita etika perjalanan dalam sebuah kehidupan yang masih jauh untuk kita tempuhi.

Duhai rakan, duhai teman, maafkan aku jika aku tidak sempurna. Tunjukkanlah aku jalan yang benar. Kadang-kadang aku ini terlalu lemah untuk berfikir secara matang. Insan yang lemah. Kadang-kadang mudah melatah. InshaAllah, selepas ini, aku mesti jadi yang lebih baik. InshaAllah.

Penghujung Januari, aku terlibat dalam menyiapkan tabung-tabung derma dan juga montaj pelancaran UPSI RESQ TEAM dan Pelancaran Tabung Pembinaan Rumah Sementara Mangsa Banjir yang telah di tayangkan ketika Majlis Amanat Naib Canselor 2015. Alhamdulillah, kutipan daripada warga UPSI sangat memberangsangkan. Terima kasih semua. InshaAllah, dengan sumbangan anda itu, kita boleh membina lebih banyak rumah sementara untuk mangsa banjir. 

Jangan memandag rendah pada insan kerdil itu, kerana dia memang tidak reti bergaul dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya. Tetapi dia amat menghormati mereka. Bila berdepan, kadang-kadang gugup terasa. Hilang segala ayat tatabahasa Melayu nya. Yang tinggal hanya bahasa yang tunggang terbalik ibarat seperti kanak-kanak yang baru belajar membina ayat.

Sepanjang ketiadaan ibu abah, segala tanggungjawab ibu abah dan amanah mereka tergalas di bahu ku. Sebagai kakak sulung yang perlu merancang semuanya. Perlu berfikir seperti ibu abah menjaga adik-adik. Melawat adik-adik di asrama, memastikan keselamatan adik-adik, makan minum adik-adik dan macam-macam lagi. Rasa seperti jaga adik perempuan lebih baik dari adik lelaki. Sebab budak lelaki tengah naik ni suka nak merayap jer. Adoi. -_-

Kasih sayang yang diberikan bukan untuk dipermainkan. Sukar memberi pada yang tidak berhak. Sekali di pupuk pasti akan kekal untuk selamanya. Andai ia di nodai, pasti sedikit akan tercalar dengan segala tingkah laku di sepanjang perjalanan corak kehidupan mu.

Esok 4 Februari 2015, ibu abah, mak ngan dan adik akan balik Malaysia. Saya dengan rendah diri, nak minta bantuan sahabat-sahabat saya doakan semoga perjalanan mereka selamat sampai ke Malaysia. Semoga dipermudahkan segala urusan. Terima kasih semua.

Jumpa lagi. 
Wassalam.

No comments: