Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 18, 2015

KAMI BAHARU BERJALAN JATUH

Ketika kami baharu berjalan jatuh
Kau sudah mahu berlalu pergi
Dan perjalanan ini masih panjang
Perlukan orang yang gigih dan dedikasi
Untuk sama-sama menggerakkan juang
Yang tinggi serta dedikasi agar kita terpuji

Aku terpaksa jalan lagi dengan tabah
Kerana cabaran makin kuat dan berdetap
Dan aku perlukan tenaga hikmat yang ada
Dan tenaga juang yang sudah kau tunjuk
Penuh jaya sekali dan tidak berkira dalam tindak
Dan kita satu keluarga mahu bikin kejayaan
Perlukan orang yang sejati hakiki

Aku tulis sajak ini bukan kerana emosi
Tapi kerana banyak sangat sudah diuji
Hingga aku kelelahan dan kepayahan
Dan aku perlukan tenaga sama
Bergerak maju ke hadapan dengan gah
Dan tenaga itu ada pada anak muda
Yang sejati perjuangannya
Dan tak tahulah mungkin cara aku
Ini cara ketinggalan sangat
Dan tidak boleh memenuhkan
Sebarang aspirasi yang boleh dicapai

Tapi aku perlu layan lagi rasa hati ini
Kerana kita perlukan tenaga seperti kau
Yang boleh bertindak tanpa tanya
Yang boleh menyumbang tanpa soal
Dan hiruk pikuk itu biasa kerana itu
Adalah asam garam dalam keluarga kita
Dan kalau mahu ke hadapan
Kita perlu bergandingan tangan
Mempersembahkan pementasan
Hebat yang bakal gegar ini dunia

Tidak tahulah apa lagi cabaran tiba
Tapi aku perlukan tenaga setia
Tenaga yang tidak berkira dalam tindak
Dan tenaga yang sayang pada pondok ini
Yang dikata antik dan tak bermakna
Tapi aku bangga menjadi penghuni
Walau lagu duka yang dimain setiap masa
Dan aku percaya lagu meletop
Akan menggoncang dunia
Pertimbangkanlah untuk sama-sama
Kita semarakkan pondok kita
Pertimbangkanlah untuk sama-sama
Kita beri keindahan pondok ini dalam sunyuman


PM Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin
Institut Peradaban Melayu
18022015 : 1615

p/s: Pengarah kata, "Aku sedih sebenarnya. Aku nampak ko boleh buat kerja. Kalau ko tak ada nanti aku tak ada orang yang boleh bantu aku. Biasanya, kalau terjadi sesuatu peristiwa, ada sahaja idea aku keluar buat sajak. Ni entah, tak ada idea. Jadi lambat pula nak keluar." Dan selepas sejam lebih barulah terpamer post ini di facebook pengarah. Terharu membaca bait puisi Dato'. Muka pengarah memang berubah. Nampak riak kesedihannya di wajah. Tapi hati ku berat untuk pergi meninggalkan Institut ini. Maafkan saya Dato'. -,-

No comments: