Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, March 30, 2015

AKU RINDU AKU YANG DAHULU!


Mengutip sisa-sisa kekuatan
Yang makin hari hilang entah ke mana
Langkah nya kian longlai
Derap kakinya tidak seperti dahulu
Dalam panas mahupun hujan
Dia tetap pantas berjalan
Entah mengapa kini segalanya berubah
Kepercayaan kian luntur
Kekuatan makin hancur
Segala yang diberikan dahulu kian terhapus
Kemana harus lagi ia ingin pergi
Hanya tinggal secebis purnama
Untuk diselesaikan yang berbaki
Entah bila akan kembali pulih
Seperti yang dahulu ia berdiri
Aku rindu aku yang dahulu!

28032015:2016

No comments: