Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, March 6, 2015

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

2 Mac 2015
New office
New life with faculty
New office mate
New friends
New parking

Senang cerita semuanya baru. Hari pertama keluar kerja, dengupan jantung jangan cerita lah. Sangat laju. Dengupannya sama seperti 2 Januari 2009 dahulu. Saat pertama aku mendaftar diri di UPSI. Hehe. Lawak! Sampailah AR tempat kerja baru kata, "Atiqah jangan takut sangat. Muka awak tu nampak sangat takut. Buat biasa-biasa sahaja. Tak ada apa lah di sini. Semuanya seronok." Dan terus gelak aku terkeluar. Ha ha ha. Sambil aku tepuk-tepuk muka, seolah-seolah macamlah dengan tepukan itu boleh mengubah riak muka yang sedia rasa sangat bahang masa tu. :p

Hari ni masuk hari ke lima berada di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Banyak yang aku belajar. Memang kosong lar rasanya. Sebab cara mereka berbeza dengan tempat aku bekerja hanya di jabatan kecil. Di fakulti, skop perhubungannya lebih meluas dengan pensyarah, pelajar dan kakitangan. Seriously memang seronok. Bekerja dengan ramai orang. Dapat lihat lagi ramai kerenah. 

Hari pertama, aku dikenalkan dengan bahagian-bahagian di FMSP, Pusing satu bangunan fakulti. Dikenalkan dengan semua staf, dari aunty cleaner, pensyarah, juruteknik, jabatan produksi, ahli muzik dan semualah. Nasib baik ada kak Siti, dialah yang bawa aku pusing-pusing tempat. 

Pejabat pentadbiran memang sangat happening. Riuh rendah kakak-kakak dan abang-abang ni. Rasanya aku yang paling muda di sini 'kot'. Hik3. :p Banyak benda baru aku belajar. Dari skop tugasan, buat masa sekarang ni aku menjaga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar. So memang jadi seperti setiausaha pejabat. Masukkan jadual, remindkan dia. Dan pada masa yang sama, aku juga membantu kakitangan yang lain siapkan failing mereka. Sebab AR pun tak tahu nak beri tugasan hakiki apa untuk permulaan ini. Maka jadinya begini. Hehhe.

Tapi, hari semalam dah dapat task dari AR. Aku kena jadi urusetia untuk mesyuarat bersama PETRONAS minggu depan. So dari buat agenda, tempah makanan dan mencatat minit semua akan aku handle. So far semuanya aku boleh buat. Cuma minit mesyuarat tu. memang tak pernah dan tak reti. Tapi tidak mengapa, aku akan cuba buat sehabis baik. InshaAllah. Doakan saya kawan-kawan.

Semoga dengan perpindahan ini akan meningkakan lagi mutu kerja aku dan dapat menambah lagi kualiti dalam diri untuk kegunaan masa akan datang, Nanti kalau di campak di mana-mana tidaklah rasa risau dan susah hati. Hehe. Wish me luck everyone. Doakan saya yer. 

No comments: