Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, July 30, 2015

Mencari Jawapan

https://hutpramanda.files.wordpress.com/2012/11/universitas-kehidupan.jpg

Hijau pandangan terbentang luas
Menyebarkan rasa mengukir senyuman
Bersama segarnya udara alam
Masih adakah keriangan anak kecil di tengahnya
Berlari berkejaran ketawa riang
Entah mengapa hati sering tertanya
Adakah ia akan kekal selamanya
Untuk di rasai bersama
Atau hanya anganan kosong 
Yang sering menyentuh rasa
Bisakah ia sesegar dahulu
Menyempurnakan segala rasa
Aku di sini kaku sendiri
Memikirkan satu persatu
Kadang-kadang lelah sendiri
Apakah kesudahan cerita ini
Mampukah aku merentasinya sendiri
Mencari segala jawapan ini

Nurkasih Atieqah
30072015 1316

No comments: